Apple dikatakan telah menukar sebanyak 11 juta bateri iPhone sepanjang tahun 2018

apple turunkan harga bateri iphone

Ia adalah 9 juta lebih daripada biasa dengan perlaksanaan program penggantian bateri yang dilancarkan pada tahun lepas.

Pada tahun lepas, Apple telah dilanda kontroversi terhadap produk popular mereka iaitu iPhone di mana mereka telah didapati dengan sengaja memperlahankan prestasi iPhone berikutan isu ketahanan bateri pada peranti iPhone terdahulu.

Berikutan isu tersebut, Apple Inc. telah respon dengan meminta maaf dan cuba meredakan kemarahan para pengguna iPhone di seluruh dunia dengan melancarkan program penggantian bateri iPhone pada harga RM121.00 sahaja.

Program tersebut meliputi dari model iPhone 6, SE hinggalah model iPhone X yang diperkenalkan pada 2017.

Menerusi program penggantian bateri iPhone itu pemerhati teknologi, John Gruber telah menulis di laman sesawangnya Daring Fireball menyatakan bahawa Tim Cook berkata, Apple telah menggantikan sebanyak 11 juta bateri iPhone sepanjang program tersebut ditawarkan sepanjang tahun 2018.

Ia adalah 9 juta lebih daripada kebiasaan jika program penggantian bateri tersebut tidak dilaksanakan.

Kontroversi iPhone sengaja diperlahankan itu telah menyebabkan Apple disaman oleh para pengguna mereka dari seluruh dunia. Malah pihak Apple juga turut dipanggil oleh beberapa negara bagi menjelaskan tindakan mereka itu.

Sila rujuk pautan ini bagi mendapatkan senarai terbaru harga bateri iPhone dari model iPhone 5 hingga iPhone X.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here