iPhone SE vs iPhone XR

iPhone manakah yang patut anda beli? iPhone SE atau iPhone XR?

Apple telah pun melancarkan model terbaru dan juga yang pertama bagi iPhone iaitu iPhone SE. Kehadiran model iPhone SE sekaligus telah menjadi penamat kepada pengeluaran model iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Kini, hanya 3 barisan model iPhone sahaja ditawarkan Apple iaitu barisan iPhone 11, iPhone XR dan iPhone SE.

Untuk kali ini, suka untuk penulis membandingkan model iPhone XR dan iPhone SE kerana 2 model iPhone ini berkongsikan rekaan, ciri dan spesifikasi yang hampir sama.

Jadi, antara iPhone XR dan iPhone SE, yang manakah patut anda beli?

iPhone SE Silicone Case - White
iPhone SE 2020.

1. Persamaan iPhone XR dan iPhone SE

Sebenarnya, terdapat banyak persamaan antara iPhone XR dan iPhone SE. Berikut adalah 11 persamaan paling ketara bagi 2 model iPhone ini:-

  1. Bahan binaan diperbuat daripada kaca dan aluminium
  2. Kamera lebar tunggal 12 MP dibelakang. Mampu merakam video 4K pada kadar baingkai 24 fps, 30 fps atau 60 fps.
  3. Kamera hadapan pula adalah kamera tunggal 7MP.
  4. Kalis air sedalam 1 meter bagi 30 minit (peringatan, jangan sesekali cuba merendamkan iPhone anda di dalam air kerana jaminan kerosakan peranti tidak termasuk bagi kes yang berpunca dari air).
  5. Skrin iPhone XR dan iPhone SE dilengkapi dengan ciri True Tone, Haptic Touch dan kadar cerahan maksimum 625 nit.
  6. Dilengkapi sambungan tanpa wayar Bluetooth 5.0
  7. Menyokong kandungan video Dolby Vision dan HDR10.
  8. Menyokong perkakasan pengecasan pantas dan tanpa wayar.
  9. Menggunakan sambungan Lightning.
  10. Resolusi paparan iPhone XR dan iPhone SE adalah sama iaitu 326 ppi.
  11. iPhone XR dan iPhone SE memiliki kapasiti RAM yang sama iaitu 3GB.

2. Perbezaan iPhone XR dan iPhone SE

iphone XR
iPhone XR.

Walaupun terdapat banyak persamaan, iPhone XR dan iPhone SE juga terdapat banyak perbezaan ketara. Berikut adalah 12 perbezaan paling ketara antara iPhone XR dan iPhone SE:-

  1. iPhone XR diperkenalkan pada Oktober 2018. iPhone SE pada April 2020.
  2. iPhone XR menggunakan cip pemprosesan A12Bionic. iPhone SE pula dikuasakan oleh A13Bionic terbaru.
  3. Skrin iPhone XR adalah jenis Liquid Retina HD bersaiz 6.1″ (1792×828 piksel). Manakala iPhone SE menggunakan Retina HD bersaiz 4.7″ (1334×750 piksel).
  4. Sungguhpun kamera hadapan iPhone XR adalah sama dengan iPhone SE iaitu kamera 7MP, tetapi terdapat kelebihan ketara pada kamera depan iPhone XR. Ini kerana kamera depan iPhone XR dilengkapi teknologi TrueDepth yang membolehkannya menyokong ciri imbasan wajah Face ID serta pengguna boleh menggunakan ciri Animoji dan Memoji bersama aplikasi Messages.
  5. Malah kamera hadapan iPhone XR juga mampu merakam kualiti video HD 1080 pada kadar bingkai 60fps. iPhone SE pula hanya sekadar 30fps sahaja.
  6. Namun begitu, terdapat kelebihan lain yang ada pada kamera belakang iPhone SE berbanding iPhone XR. Kamera belakang iPhone SE menyokong beberapa ciri baru termasuklah Portrait Lighting dengan 6 pilihan efek (Natural, Studio, Contour, Stage, Stage Mono, High‑Key Mono), generasi terbaru Smart HDR bagi foto dan menyokong ciri QuickTake video.
  7. iPhone SE hanya menyokong ciri keselamatan Touch ID. iPhone XR pula menggunakan Face ID.
  8. Kapasiti bateri iPhone XR adalah lebih besar iaitu 2942mAH. iPhone SE pula hanya 1821mAH sahaja.
  9. Anda boleh memilih 3 pilihan storan iPhone SE iaitu dari 64GB, 128 GB dan 256 GB. Tetapi bagi iPhone XR hanya dari 64GB dan 128GB sahaja.
  10. iPhone SE lebih ringan di mana ia hanya seberat 148 gram sahaja. iPhone XR pula seberat 194 gram.
  11. Bagi teknologi rangkaian selular pula, iPhone SE menggunakan teknologi selular yang lebih pantas di mana ia menggunakan teknologi gigabit. Malah iPhone SE juga dilengkapi sambungan Wi-Fi 6 802.11ax yang lebih moden.
  12. iPhone SE didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Putih, Hitam dan Merah (Produk Red). Manakala iPhone XR didatangkan dengan 6 pilihan warna iaitu Biru, Putih, Hitam, Kuning, Coral dan Merah (Produk Red).

Kesimpulannya…

Baik, berdasarkan kepada persamaan dan perbezaan iPhone SE dan iPhone XR, terdapat 2 kategori yang boleh dipecahkan bagi menyesuaikannya kepada keperluan penggunaan seharian anda.

  • Kategori gila platfom sosial

Bagi mereka yang gemar dan merupakan pengguna tegar platfom sosial, sudah tentulah pilihan iPhone XR adalah yang paling tepat untuk mereka.

Ini kerana iPhone XR menyokong ciri Animoji dan Memoji menarik yang boleh digunakan dalam pelbagai platfom sosial. Itu adalah kelebihan utama yang ada pada iPhone XR.

  • Kategori pengguna yang mahukan prestasi dan bajet

Bagi pengguna yang bajetnya terhad, tetapi mahu memiliki iPhone terbaru serta berprestasi, iPhone SE adalah pilihan yang paling berbaloi untuk anda.

Ini kerana iPhone SE menggunakan cip pemprosesan terbaru yang sama digunakan dalam barisan iPhone 11. Sekaligus menjadikannya telefon pintar Apple termurah tetapi juga paling berkuasa sebaris dengan model premium iPhone 11 ketika ini.

iPhone SE hanya berharga dari RM1,999.00 bagi model 64GB yang pastinya mampu dimilik dan sudah memadai bagi sebahagian besar pengguna.

Tetapi jika itu tidak mencukupi, anda boleh saja memilih model iPhone SE dengan storan terbesar iaitu 256GB yang berharga RM2,699.00.

Sekaligus menjadi satu lagi sebab utama untuk anda memilih iPhone SE. Ini kerana pilihan storan tertinggi iPhone XR hanyalah 128GB sahaja dan ia berharga lebih mahal iaitu RM3,099.00.

Malah dengan beberapa ciri tambahan terbaru yang disokong oleh kamera iPhone SE, amat sukar untuk anda menolaknya.

Cuma kekurangan ketara pada iPhone SE adalah reka bentuknya yang bolehlah dikategorikan sebagai rekaan lapuk.

Akhir kata, tepuk dada tanyalah selera.

P/S: Kapasiti bateri antara iPhone SE dan iPhone XR mungkin akan mempengaruhi anda. Tetapi ia mungkin juga bukan menjadi isu utama memandangkan adanya bank kuasa.

Ada lagi satu terlupa nak tambah persamaan antara iPhone SE dengan iPhone XR adalah kedua-duanya tiada sambungan fon kepala 3.5mm.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here