iphone SE Gen-2

Model iPhone terbaru paling berkuasa dan termurah ditawarkan Apple ketika ini.

Setelah 4 tahun selepas model pertamanya dilancarkan, model terbaru iPhone SE generasi kedua akhirnya diperkenalkan Apple pada 15 April 2020.

iPhone SE generasi pertama diperkenalkan pada Mac 2016 dahulu.

Pada zahirnya, iPhone SE adalah menyerupai iPhone 8 sahaja. Malah spesifikasinya juga adalah hampir sama.

Tetapi terdapat beberapa perkara utama yang membezakannya. Jadi, apa yang baru dengan iPhone SE 2020 ini?

iPhone 8
iPhone 8.

1. Menggunakan cip pemprosesan yang sama dengan barisan iPhone 11

iPhone SE adalah model iPhone paling berkuasa, sebaris dengan model-model iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max yang dilancarkan tahun 2019 lalu.

Ini kerana ia menggunakan cip pemprossan A13Bionic yang sama dengan barisan iPhone 11 tersebut.

Apple A13 Bionic

  • 2 × Lightning Performance @ 2.66GHz 8MB L2
  • 4 × Thunder Efficiency @ 1.73GHz
    4MB L2

2. RAM

Berdasrkan kepada penyeneraian di laman China Telecom, iPhone SE didakwa dilengkapi dengan RAM berkapasiti 3GB. Kurang 1GB dari kapasiti RAM yang digunakan pada barisan iPhone 11.

3. Bateri

Di laman China Telecom itu juga ada menyatakan bahawa kapasiti bateri iPhone SE adalah 1821mAh.

Menjadikan kapasiti bateri yang digunakan iPhone SE itu adalah sama dengan saiz bateri iPhone 8.

Menurut Apple, iPhone SE mampu beroperasi selama 13 jam memainkan kandungan video, 8 jam penstriman video dan 40 jam memainkan audio.

Tetapi memandangkan ia dijanakan oleh cip A13Bionic yang berkuasa tinggi, pengguna disyorkan sentiasa membawa bank kuasa bateri bersama.

4. Boleh muat dipadankan bersama aksesori Case iPhone 8

Seperti yang diberitahu awal tadi, reka bentuk dan saiz iPhone SE adalah sama sahaja dengan model iPhone 8.

Tebal, lebar, berat (148 gram), tinggi dan saiz skrin iPhone SE (4.7″) adalah sama sahaja dengan iPhone 8.

Sekaligus membolehkannya muat dipadankan dengan aksesori case iPhone 8.

iPhone SE Silicone Case - White
Aksesori iPhone SE Silicone Case – White berharga RM149.00. Kredit: Apple

5. Kamera

Kamera iPhone SE 2020 bukanlah menggunakan jenis kamera yang baru. Sebaliknya ia masih dilengkapi dengan kamera yang sama digunakan pada iPhone 8.

Kamera belakang iPhone SE menggunakan kamera tunggal 12MP dan kamera depan pula menggunakan kamera tunggal 7MP.

Walaubagaimanapun, kamera iPhone SE menyokong ciri-ciri baru yang tiada pada iPhone 8 iaitu Portrait mode with advanced bokeh and Depth Control, Portrait Lighting with six effects (Natural, Studio, Contour, Stage, Stage Mono, High‑Key Mono) dan Next-generation Smart HDR for photos.

6. Ciri 3D Touch digantikan dengan Haptic Touch

Menerusi iPhone SE terbaru ini, Apple secara rasminya telah menamatkan ciri 3D Touch pada semua barisan model iPhone terbaru mereka.

Kesemua model iPhone (iPhone XR, iPhone 11 dan iPhone SE) kini dilengkapi dengan ciri Haptic Touch.

7. Tiada Face ID, tapi mengekalkan butang Home dan Touch ID

iPhone SE adalah satu-satunya model iPhone terbaru Apple yang mengekalkan butang fizikal Home dan ciri keselamatan imbasan cap jari Touch ID.

Tetapi ia tidak dilengkapi ciri keselamatan imbasan wajah, Face ID.

8. Skrin LCD

iPhone SE menggunakan skrin jenis LCD yang sama dengan jenis skrin LCD iPhone XR. Cuma saiz skrin iPhone SE bersaiz 4.7″ (1334×750 piksel ) tetapi dengan kadar cerahan dan resolusi yang sama dengan iPhone XR iaitu cerahan maksimum 625 nits dan resolusi 326 ppi.

9. Tidak menyokong ciri Animoji dan Memoji

Kamera hadapan iPhone SE tidak menyokong ciri Animoji dan Memoji. Ini kerana iPhone SE tidak dilengkapi teknologi kamera TrueDepth bagi ciri imbasan wajah Face ID.

Bermakna, anda tidak dapat membuat kustomasi karektor memoji dan animoji anda sendiri untuk digunakan bersama aplikasi Messages.

10. Wi-Fi 6 dan selular gigabit

iPhone SE dilengkapi dengan sambungan tanpa wayar generasi terkini iaitu Wi-Fi 6 serta sambungan selular gigabit yang sama dimiliki oleh iPhone 11.

Jadi ia mempunyai keupayaan capaian rangkaian yang hampir sama pantas dengan barisan model premium iPhone 11. (Bukan sama laju ngan iPhone 11, tapi hampir )

11. Sokongan pengecas pantas dan tanpa wayar

iPhone SE juag menyokong ciri penegcasan pantas di mana Apple mendakwa ia mampu dicas sehingga 50% kapasiti bateri dalam masa 30 minit dengan menggunakan alat pengecas kuasa 18W atau lebih tinggi (berharga RM149.00, dijual berasingan)

iPhone SE juga menyokong ciri pengecasan tanpa wayar.

12. Lightning

Di tahun 2020 ini, Apple masih menggunakan sambungan Lightning pada model terbaru iPhone mereka. (Amat mengecewakan).

Lain-lain

iPhone SE generasi kedua ditawarkan dama 3 warna pilihan iaitu Putih, Hitam dan Merah (Product Red).

Pilihan kapasiti storan pula adalah dari 64GB (RM1,999), 128GB (RM2,199) dan 256GB (RM2,699).

Buat masa ini ia belum memasuki pasaran Malaysia. Tetapi dijangka akan tiba tidak lama lagi.

Di dalam artikel ini mungkin masih terdapat perincian spesifikasi iPhone SE yang tidak dinyatakan. Anda boleh membuat perbandingan sendiri antara iPhone SE dengan modl terbaru atau model-model iPhone terdahulu di laman rasmi Apple iPhone Compare.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here