
Aplikasi-aplikasi tersebut membawa perisian hasad iklan yang aktif disebalik tabir sistem peranti pintar iOS.
Penyelidik keselamtan peranti iOS dari Wandera mendedahkan penemuan 17 aplikasi di App Store untuk peranti iOS didapati membawa perisian hasad di dalamnya.
Perisian hasad tersebut yang aktif disebalik tabir sistem iOS akan mensimulasikan aktiviti klik iklan palsu bagi membolehkan pembangunnya memperoleh keuntungan mudah.
Sekaligus turut melanggar polisi yang ditetapkan Apple kepada pembangun aplikasi di App store.
Berikut adalah senarai 17 aplikasi tersebut:-
- RTO Vehicle Information
- EMI Calculator & Loan Planner
- File Manager – Documents
- Smart GPS Speedometer
- CrickOne – Live Cricket Scores
- Daily Fitness – Yoga Poses
- FM Radio – Internet Radio
- My Train Info – IRCTC & PNR
- Around Me Place Finder
- Easy Contacts Backup ManagerÂ
- Ramadan Times 2019
- Restaurant Finder – Find Food
- BMI Calculator – BMR Calc
- Dual Accounts
- Video Editor – Mute Video
- Islamic World – Qibla
- Smart Video Compressor
Cuma kebiasaannya aplikasi yang mengandungi perisian hasad sebelum ini banyak dikaitkan dengan pembangun aplikasi dari China.
Tetapi kali ini kesemua aplikasi tersebut dibangunkan dari firma tunggal AppAspect Technologies Pvt. Ltd. yang berpangkalan di India.
Susulan penemuan ini, penyelidik telah memaklumkan pihak Apple dan Apple telah pun membuang kesemua aplikasi yang dijangkiti dari ditawarkan di App Store.
Kecuali terhadap 2 aplikasi iaitu ‎My Train Info – IRCTC & PNR dan Easy Contacts Backup Manager yang masih di bawah pemantauan.
Jadi, sekiranya anda ada memuat turun salah satu daripada aplikasi yang disenaraikan di atas, anda disyorkan supaya segera membuangnya dari peranti iOS.