sparse disk image
Lagi penemuan terbaru pepijat di macOS High Sierra.

Pada minggu lepas, Carbon Copy Cloner (CCC) telah melaporkan terdapat kecacatan serius terhadap disk image yang menggunakan format sistem fail APFS.

Penemuan tersebut dilaporkan di laman blog CCC oleh pembangun perisian, Mike Bombich. Didapati disk image yang menggunakan sistem fail APFS boleh menyebabkan berlakunya kehilangan data dalam storan tersebut.

Disk image adalah satu bentuk fail salinan keseluruhan kandungan dari peranti storan, seperti cakera keras, DVD atau CD. Bermakna disk image mengandungi segala data sepertimana yang terdapat di dalam peranti storan yang asal, termasuk maklumat data dan struktur.

Penggunaan disk image adalah bertujuan bagi proses seperti data recovery, system backup, disk cloning dan lain-lain.

Menurut CCC, terdapat 2 pepijat berkait yang terdapat pada disk image sistem fail APFS. Pertamanya didapati ruang pada image disk APFS tidak dikemaskini sepertimana yang sepatutnya apabila ia memaparkan ruang storan yang penuh sebagai ruang kosong.

Keduanya pula adalah tidak terdapat laporan kegagalan bagi proses write requests terhadap data yang disalin ke dalam storan tersebut. Ini berlaku kerana storan yang penuh tadi diimbas sebagai kononnya ia masih lagi mempunyai ruang yang kosong. Mike Bombich menerangkannya seperti berikut:-

“…I noticed that an APFS-formatted sparsebundle disk image volume showed ample free space, despite that the underlying disk was completely full. Curious, I copied a video file to the disk image volume to see what would happen. The whole file copied without error! I opened the file, verified that the video played back start to finish, checksummed the file – as far as I could tell, the file was intact and whole on the disk image. When I unmounted and remounted the disk image, however, the video was corrupted.”

Anda boleh lihat video demonstrasi isu ini yang ditunjukkan oleh Bombich Software di bawah.

Walaubagaimanapun, beliau menyatakan yang isu pepijat ini hanya berlaku pada sparse disk images yang menggunakan sistem fail APFS sahaja. Ini bermakna, peranti storan luar APFS atau storan SSD berformat APFS yang terdapat di dalam Mac anda adalah tidak terjejas dengan isu ini.

Beliau menambah, walaupun isu ini adalah kritikal, tetapi ia mungkin bukan isu yang berlaku secara meluas kepada pengguna Mac.

Anda boleh membaca laporan penuh penemuan pepijat ini oleh beliau di laman blog Carbon Copy Cloner. Pengguna Mac yang menggunakan aplikasi CCC4 dan terbaru serta pengguna macOS Sierra dan sebelumnya, tidak terjejas dengan isu ini.

APFS (Apple File System) merupakan format sistem fail terbaru bagi storan yang mula diperkenalkan pada macOS High Sierra. Ia menggantikan sistem fail HFS+ yang digunakan di dalam Mac sebelum ini.

 

Sumber artikel: MacRumors

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here