Pengguna peranti Android di Malaysia turut menjadi sasaran “Joker”.

Penyelidik perisian hasad dari CSIS Security Group, telah melaporkan penemuan perisian hasad yang dikenali sebagai “Joker” di dalam aplikasi-aplikasi yang ditawarkan di GooglePlay untuk pengguna peranti Android.

Secara khususnya, 24 aplikasi Android yang ditawarkan di dalam Google Play Store itu dipercayai sudah menjangkiti lebih daripada 472,000 peranti pengguna Android.

Dalam laporan yang bertajuk “Analysis of Joker — A Spy & Premium Subscription Bot on GooglePlay” yang ditulis oleh Aleksejs Kuprins, beliau menjelaskan Joker membawa komponen tahap ke dua di dalamnya yang membolehkan berlakunya simulasi interaksi iklan pada laman sesawang secara automatik sambil mencuri mesej SMS, nombor orang hubungan serta maklumat peranti.

In Denmark, Joker can silently sign the victim up for a 50 DKK/week service (roughly ~6,71 EUR). This strategy works by automating the necessary interaction with the premium offer’s webpage, entering the operator’s offer code, then waiting for a SMS message with a confirmation code and extracting it using regular expressions. Finally, the Joker submits the extracted code to the offer’s webpage, in order to authorize the premium subscription.” Aleksejs Kuprins.

Penyelidik memaklumkan, perisian hasad ini hanya menyasarkan pengguna peranti Android di beberapa buah negara tertentu sahaja.

Berikut adalah 37 buah negara yang menjadi sasaran Joker:-

  1. Australia
  2. Austria
  3. Belgium
  4. Brazil
  5. China
  6. Cyprus
  7. Egypt
  8. France
  9. Germany
  10. Ghana
  11. Greece
  12. Honduras
  13. India
  14. Indonesia
  15. Ireland
  16. Italy
  17. Kuwait
  18. Malaysia
  19. Myanmar
  20. Netherlands
  21. Norway
  22. Poland
  23. Portugal
  24. Qatar
  25. Republic of Argentina
  26. Serbia
  27. Singapore
  28. Slovenia
  29. Spain
  30. Sweden
  31. Switzerland
  32. Thailand
  33. Turkey
  34. Ukraine
  35. United Arab Emirates
  36. United Kingdom
  37. United States

Manakala ini pula adalah senarai 24 aplikasi di GooglePlay yang didapati mengandungi perisian hasad Joker:

  1. Spark Wallpaper
  2. Soby Camera
  3. Ruddy SMS
  4. Reward Clean
  5. Rapid Face Scanner
  6. Print Plant scan
  7. Mini Camera
  8. Leaf Face Scanner
  9. Ignite Clean
  10. Humour Camera
  11. Great VPN
  12. Display Camera
  13. Declare Message
  14. Dazzle Wallpaper
  15. Cute Camera
  16. Collate Face Scanner
  17. Climate SMS
  18. Certain Wallpaper
  19. Board picture editing
  20. Beach Camera
  21. Antivirus Security – Security Scan
  22. Altar Message
  23. Age Face
  24. Advocate Wallpaper

Jadi, jika anda ada memasang aplikasi yang disenaraikan di atas, silalah buangnya denga segera dari peranti Android anda.

Sumber: Security Newspaper

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here