Elakkan guna 123456 sebagai kata laluan anda.

Adakah anda masih menggunakan kata laluan yang sama sejak pertama kali anda mencipta akaun di internet? Atau lebih teruk lagi anda menggunakan 123456 sebagai kata laluan anda.

Seperti biasa sebagaimana tahun-tahun yang lepas, firma keselamatan internet, SplashData akan berkongsikan data tentang penggunaan kata laluan yang paling teruk digunakan oleh para pengguna internet.

Jadi tanpa membuang masa mari kita lihat senarai 25 kata laluan paling teruk yang digunakan bagi tahun 2017 mengikut turutan:-

  1. 123456
  2. password
  3. 12345678
  4. qwerty
  5. 12345
  6. 123456789
  7. letmein
  8. 1234567
  9. football
  10. iloveyou
  11. admin
  12. welcome
  13. monkey
  14. login
  15. abc123
  16. starwars
  17. 123123
  18. dragon
  19. passw0rd
  20. master
  21. hello
  22. freedom
  23. whatever
  24. qazwsx
  25. trustno1

Ada yang kena? Untuk pengetahuan anda, kata laluan 123456 dan password kekal ditangga pertama dan kedua sebagai kata laluan paling teruk digunakan.

Kedudukan tersebut adalah kekal sama sepertimana tahun-tahun sebelum ini iaitu sejak dari tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016. Jadi, jika anda menggunakan kata laluan yang disenaraikan di atas, sebaiknya ubahlah segera.

Jika anda menghadapi masalah menguruskan longgokan kata laluan anda, silalah gunakan aplikasi-aplikasi yang boleh membantu anda menguruskan kata laluan anda dengan baik dan selamat.

Sekaligus anda pun tidak lagi pening dan lupa dengan kata laluan bagi akaun-akaun penting peribadi anda.

Sebagai permulaan anda boleh mencuba 5 aplikasi terbaik untuk menguruskan kata laluan yang telah AriffMac kongsikan sebelum ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here