Apple Special Event September 2019

“By innovation only” . 

Apple sebentar tadi telah mengeluarkan jemputan rasmi media untuk hadir ke acara istimewa mereka yang akan berlangsung pada 10 September 2019 nanti (waktu Malaysia jam 1 pagi, 11 September 2019)

Pada acara tersebut Apple sudah pastinya dijangka akan memperkenalkan barisan terbaru model iPhone 2019.

Selain itu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan Apple turut akan memperkenalkan model terbaru Macbook Pro yang bersaiz 16 inci.

Tagline acara Apple kali ini adalah “By innovation only.” Kredit: Neil Cybart

Malah ada laporan yang mendakwa kemunculan model MBP 16″ itu nanti akan menamatkan pengeluaran model MBP 15″.

Selain itu juga, Apple turut dijangka akan menawarkan secara rasminya servis terbaru mereka iaitu platfom permainan Apple Arcade dan Apple TV+.

Tidak dilupakan juga versi penuh barisan sistem operasi Apple termasuklah macOS 10.15 Catalina, iOS 13, iPadOS dan lain-lain yang turut dijangka akan dilepaskan selepas selesainya acara tersebut.

Acara istimewa Apple ini boleh ditonton secara langsung menerusi laman Apple Events.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here