Oktober 2018 Acara Istimewa Apple
Apple dijangka akan perkenalkan model terbaru iPad Pro, barisan produk Mac terbaru dan aksesori.

Apple sebentar tadi baru sahaja mengeluarkan jemputan rasmi kepada pihak media untuk menghadiri acara istimewa mereka yang akan berlangsung pada 30 Oktober 2018 ini.

Acara yang bertemakan “There’s more in the making” ini akan diadakan di Akademi muzik Brooklyn.

Selepas memperkenalkan model terbaru iPhone pada 12 September lalu, Apple dijangka  akan memperkenalkan pula beberapa lagi produk terbaru mereka pada acara yang akan berlangsung ini.

Jika sebelum ini mereka telah memperkenalkan barisan model terbaru iPhone dan Apple Watch Series 4, untuk kali ini Apple dijangkakan akan perkenalkan pula model terbaru peranti pintar iPad Pro serta barisan model terbaru Mac.

iPad Pro

Untuk iPad Pro, ia dijangkakan akan dilengkapi dengan ciri-ciri utama yang ada pada iPhone seperti teknologi imbasan wajah Face ID, desain terbaru dan tiada lagi  butang fizikal kembali seperti model-model peranti iOS terdahulu.

iPad Pro 2018
Rekaan iPad Pro 2018 yang tertiris awal. Kredit foto: Slashleaks

Desain terbaru ini adalah merujuk kepada paparan skrin yang lebih luas dengan bingkai yang lebih nipis.

Mac

Selain dari iPad Pro terbaru, penganalisis juga menjangkakan bahawa Apple akan turut perkenalkan barisan model terbaru komputer Mac.

Antara model terbaru Mac yang dijangka akan muncul adalah Macbook 13″ yang dikatakan akan menggantikan model Macbook Air 13″.

Apple juga berkemungkinan besar akan turut perkenalkan model Mac mini dan iMac terbaru nanti.

Mac mini
Kali terakhir Apple mengemaskini Mac mini adalah pada model Oktober 2014.

Aksesori

Selain dari produk utama tersebut, Apple juga dijangka akan perkenalkan aksesori bagi peranti iOS. Khabar angin mengatakan AirPods 2, Apple Pencil 2 dan AirPower akan diperkenalkan dalam acara itu nanti.

airpower
AirPower adalah peranti pengecas tanpa wayar bagi peranti pintar Apple yang telah diperkenalkan kepada umum pada tahun 2017 lalu bersama model iPhone X. Tetapi sehingga kini ia masih belum dipasarkan lagi oleh mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here