Sebelum ini laman Macrumors telah melaporkan kemunculan sebuah syarikat yang dikenali sebagai OpenCore Computer¬†yang mempromosikan sistem komputer Hackintosh secara komersil yang dinamakan sebagai “Velociraptor”.

Seperti semua sedia maklum, penghasilan Hackintosh ini sekaligus melanggar terma lesen produk Apple dan macOS.

Susulan daripada kemunculan firma tersebut, pihak pembangun OpenCore Bootloader telah respon dengan mengutuk kerana penggunaan nama dan logo OpenCore secara salah menerusi satu kenyataan rasmi mereka.

We at Acidanthera are a small group of enthusiasts who are passionate about Apple ecosystem and spend time developing software to improve macOS compatibility with different kinds of hardware including older Apple-made computers and virtual machines. For us, who do this on entirely volunteer and uncommercial basis, for fun, it is shocking and disgusting that some dishonest people we do not even know dare to use the name and logo of our bootloader, OpenCore, as a matter of promotion in some illicit criminal scam. Be warned, that we are nohow affiliated with these people and strongly ask everyone by all means to never approach them. Be safe.”

Daripada perkongsian laman iMore yang cuba membeli set komputer Hackintosh dari laman OpenCore.computer itu, mereka meyatakan bahawa pembeli perlu membayar menggunakan matawang Bitcoin bagi proses pembelian.

Setakat ini, masih tiada sebarang info sahih tentang syarikat tersebut seperti nombor telefon dan alamat syarikat.

Yang ada hanyalah borang hubungan sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here