Macbook Air 13 2018

Macbook Air kini lebih mampu milik, tapi adakah ia sesuai untuk anda?

Apple baru sahaja menurunkan harga Macbook Air serta menaik taraf skrin retina 13″ nya.

Kini Macbook Air hanya berharga dari RM4,699 serta skrin yang dilengkapi teknologi True Tone. Selain dari itu, ia masih mengekalkan perkakasan dalamannya yang lain.

Harga yang lebih murah menjadikannya ia lebih mampu dimiliki serta dilihat sebagai lebih nilai untuk wang pengguna.

Walaubagaimanapun, adakah anda pasti Macbook Air sesuai untuk anda?

Kualiti

Jika dilihat dari aspek kualiti buatan Macbook Air, ia sememangnya tidak dapat dinafikan ia adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan model komputer jenama lain.

Komputer Windows yang di dalam lingkungan harga yang lebih kurang sama dengan Macbook Air kebanyakkannya adalah menggunakan plastik.

Walaupun ada juga model-model lain yang turut menggunakan aluminium, tetapi dari segi kualiti dan kemasan buatan, ia tidak dapat menandingi kemasan binaan Macbook Air (MBA).

Macbook Air 2019

Keseluruhan badan MBA yang menggunakan aluminium sepenuhnya menjadikannya ia tahan lasak dan adalah kualiti yang terbaik berbanding komputer berjenama selainnya.

Prestasi

Dari aspek prestasi pula, mungkin ada yang berpendapat macbook kurang berprestasi. Tetapi benarkah dakwaan itu?

Macbook Air dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5 1.6GHz dual core dari generasi ke-8 (Amber Lake). 8GB RAM, storan SSD 128GB dan cip grafik terbina dalam Intel UHD Graphics 617.

Daripada spesifikasi tersebut, sememangnya ia adalah lebih sedikit kurang berkuasa berbanding model komputer riba dari pelbagai jenama lain yang dilengkapi dengan perkakasan yang lebih berkuasa pada harga yang hampir sama.

Tim Cook
Kuasa grafik Macbook Air mampu menyokong 2 paparan resolusi 4096×2304 (60Hz) atau 1 paparan resolusi 5120×2880 (60Hz).

Walaubagaimanapun apa yang perlu dilihat di sini adalah perkakasan yang dimuatkan oleh Apple ke dalam Macbook Air ini telah diselaraskan bagi berfungsi dengan lancar bersama sistem operasi macOS.

Jadi, jika anda hendak membandingkan sistem dan perkakasan Macbook Air, secara peribadi ia adalah lebih baik daripada sistem operasi komputer riba jenama lain.

Dari aspek kestabilan, keserasian antara sistem dan perkakasan, ciri keselamatan, aplikasi dan ekosistemnya yang disatukan di bawah satu bumbung menjadikan Macbook Air adalah lebih baik dari selainnya.

Anda boleh menggunakan Macbook Air untuk melakukan apa sahaja tugasan padanya. Bukan hanya melayari internet dan menaip sahaja, tetapi juga turut mampu membuat kerja-kerja yang sedehana berat seperti menyunting video HD, menyunting gambar ataupun mencipta lagu.

Kesemua aplikasi bagi melaksanakan tugasan-tugasan itu pula  tersedia ada yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Mac App Store seperti iWorks, iMovie, Photos dan Garage band.

Oleh itu, aspek prestasi perkakasan, kestabilan dan keselamatan sistem macOS dan aplikasinya serta fleksibiliti Macbook Air untuk digunakan pada pelbagai tujuan anda, ia tidak perlu bimbangkan.

Macbook Air 2018
Bateri Macbook Air juga mampu membolehkan komputer riba tersebut beroperasi sehingga 12 jam lamanya. Ini bukan omong kosong.

Tetapi…

Disebalik kelebihan-kelebihan yang dimiliki Macbook Air, terdapat beberapa perkara lain yang perlu juga diberi perhatian sebelum anda bertekad untuk membeli macbook Air.

1. Bajet tambahan

Bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan komputer riba Apple, ataupun bercadang hendak menjadikan Apple Macbook Air sebagai komputer riba pertama anda, perkara utama yang perlu disedari di sini adalah anda mesti sediakan bajet lebih bagi membeli aksesori lain.

Aksesori yang dimaksudkan adalah peranti sambungan dari USB-C Macbook Air kepada peranti lain yang anda gunakan seperti peranti USB 3.0, HDMI, VGA dan lain-lain.

Terdapat pelbagai aksesori hub USB-C yang dijual di pusat jualan sah Apple mahupun di laman beli-belah atas talian seperti Lazada dan Shoppee.

Walaubagaimanapun, harga peranti tersebut tidak murah. Anda  mungkin perlu sediakan bajet tambahan antara RM200 hingga RM400 bagi membeli aksesori hub USB-C tersebut.

aukey usb-c hub
Contoh aksesori hub USB-C yang lengkap seperti ini boleh berharga lebih daripada RM300.00.

2. Prestasi

Berbalik kepada isu prestasi. Walaupun diberitahu awal tadi bahawa anda tidak perlu risau akan prestasi Macbook Air, tetapi sekiranya anda adalah seorang yang bergiat dalam industri grafik, penyunting video profesional, pencipta muzik, artis animasi 2D atau 3D dan seumpamnya, anda dinasihatkan supaya tidak membeli Macbook Air.

Macbook Air adalah kategori komputer riba Apple berprestasi sederhana yang tidak dapat memenuhi keperluan anda untuk menjalankan tugas-tugas berat bagi industri tersebut.

Termasuk juga kepada para pelajar universiti yang mengambil jurusan industri kreatif. Anda sangat tidak disyorkan membeli Macbook Air dan menggunakannya bagi sepanjang tempoh pembelajaran anda

Jangan salah faham di sini, Macbook Air bukan tidak mampu, cuma tidak releven untuk digunakan dalam bidang tersebut.

3. Isu lain

Selain itu, isu-isu lain yang perlu diberikan perhatian juga adalah berkenaan masalah rekaan papan kekunci ‘butterfly‘ yang digunakan pada Macbook Air (termasuklah Macbook 12″ dan Macbook Pro).

Bagi anda yang belum sedia maklum, sehingga ke hari ini, pengguna model-model terbaru komputer riba Apple sejak daripada model 2015 hinggalah sekarang telah berdepan dengan masalah papan kekunci ‘butterfly‘.

Walaupun Apple telah menambah baik rekaan papan kekunci ‘butterfly‘, tetapi setakat ini masih terdapat aduan berkenaan masalah papan kekunci tersebut yang dihadapi oleh sebahagian pengguna komputer riba Apple itu.

Kesimpulan

Sebagai penutup, apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah, jika anda bercadang mahu membeli Macbook Air, anda boleh teruskan niat anda dengan membeli Macbook Air 2019 yang berharga dari RM4,699.

Selagi ia digunakan pada tugasan yang sesuai, setimpal dengan keupayaannya, percayalah Macbook Air tidak akan mengecewakan anda dan anda akan amat berpuas hati dengan kualiti buatannya.

Namun begitu ini nasihat terkahir dari saya, jangan beli Macbook Air yang dilengkapi storan bersaiz 128GB. Saiz storan sekecil itu tidak akan mampung menampung data-data anda (termasuklah model Macbook Pro 2019).

Sekian, terima kasih.

P/s: Jika anda miliki bajet lebih dan mahukan komputer riba Apple yang lebih berprestasi, anda disyorkan membeli model Macbook Pro 13″ 2019 yang kini hanya berharga dari RM5,499.

Walaupun anda dapati kuasa cip pemprosesan MBP 13″ 2019 lebih rendah iaitu Intel Core i5 1.4GHz Gen-8, tetapi ia menggunakan model cip quad core yang mampu melonjakkan kuasa pemprosesannya sehingga 3.9GHz.

Malah kuasa grafik MBP 2019 juga lebih berkuasa (Intel Iris Plus Graphics 645) berbanding Macbook Air yang menggunakan cip Intel UHD Graphics 617.

5 COMMENTS

  1. hi assalamualaikum, saya Macbook Air’s user nk tnya, kalau nk buat assigment kena guna mircrosoft word tapi ia kena bayar. so memang ia kena bayar ka klau untuk macOS? boleh suggest x app yang boleh buat assigmnt tapi tk kena bayar? terima Kasih dan harap sudi reply

  2. Assalamualaikum saya nak tanya macbook air ni sesuai ke untuk students tesl. Kalau dari segi membuat assignment dan assignment group senang ke? sebab sesetengah rakan saya mengatakan bahawa macbook air agak susah digunakan untuk membuat assigment disebabkan tiada aplikasi windows dan sebagainya.Jika benar apa yang dikatakan oleh rakan saya, tuan ada cadangan laptop yang bagus untuk students tak? Harap dapat menjawab soalan saya. Terima kasih ya 🙂

    • Waalaikumsalam tuan/puan. Sorry lambat balasnya. Software microsoft ada ja utk macOS.Apps Windows pula bergantung apps apa. Memang masih ada app Windows yang masih tiada di macOS. Tapi kebanyakkannya sudah sedia ada untuk macOS.
      Saya x cadangkan beli macBook Air sebab ada isu termal, tak tahan panas. Jadi sebaiknya beli MacBook Pro sebab lebih tahan lama, dah lebih berprestasi. MacBook Pro jangka hayat sokongan macOS boleh capai sehingga lebih dari 7 tahun.

  3. Kalau 2020 nie macbook apa yang relevan untuk dibeli ? Untuk tujuan editing

    • Salam tuan, sorry lambat reply. Klu tuk editing saya hanya cadangkan model MacBook Pro 13″ atau 16″. Sesuai utk editing foto, grafik, video dan audio. MacBook Air boleh juga tapi tidak releven utk kerja berat dan jangka masa panjang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here