Kenyataan media oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo.

Susulan soalan lisan di dalam Dewan Rakyat pagi tadi berkenaan agihan dekoder percuma kepada golongan B40, beberapa soalan telahpun diajukan kepada saya berkenaan angka tepat dekoder-dekoder yang telah dikeluarkan oleh syarikat MYTV sehingga kini. Berikut adalah maklumat yang berkaitan untuk soalan itu:

RTM sedang beralih daripada siaran analog kepada digital. Proses peralihan ini sedang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara dan dijangka siap pada 31.10.2019, iaitu dalm masa 2 minggu lagi.

Syarikat MYTV adalah syarikat yang bertanggungjawab mengagihkan dekoder bagi perkhidmatan MyFreeView. Bagi penerima Bantuan Sara Hidup dan golongan B40, dekoder yang ini adalah diberikan secara percuma.

Sebanyak 2 juta dekoder percuma akan diagihkan kepada semua yang layak didalam golongan ini. Sehingga 14 Oktober 2019, MYTV telah berjaya mengagihkan lebih daripada 1.5 juta (1,537,007) dekoder secara percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup ataupun penerima yang layak dibawa golongan B40 di seluruh negara.

Semakan kelayakan boleh dibuat di portal rasmi MYTV Broadcasting.

Melalui dekoder ini, pengguna boleh menonton siaran digital myFreeview yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Bagi pengguna-pengguna yang lain, mereka boleh menonton siaran TV digital MyFreeView dengan membeli dekoder dengan harga RM99 hingga RM187. Secara alternatifnya, pengguna juga boleh menonton melalui set televisyen iDTV yang mempunyai T2 tuner. Setakat ini, terdapat 3.5 juta iDTV di Malaysia.

Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada SKMM di talian 1-800-188-030 dan MYTV di talian 1-800-18-1088.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here