AirPods 2019 ini menyokong beberapa ciri menarik untuk digunakan bersama peranti Apple yang lain.

Sama seperti semalam dan 2 hari lepas, Apple sekali lagi mengumumkan pula model terbaru AirPods.

Pengumuman model terbaru AirPods ini menjadikan Apple mencipta hatrik dalam masa 3 hari ini.

2 hari yang lepas mereka mengumumkan model terbaru iPad Air dan iPad mini.

Semalam mereka telah menaik taraf iMac dengan perkakasan yang lebih berkuasa.

Hari ini, mereka mengumumkan pula AirPods generasi ke 2.

AirPods generasi ke 2

AirPods terbaru ini dilengkapi dengan cip H1 terbaru yang direka khusus oleh Apple untuk fon kepala.

Menurut Apple, cip terbaru ini mampu menyampaikan prestasi dengan lebih baik, penyambungan yang lebih pantas, 50% lebih masa berbual dan pengguna kini boleh memberikan arahan “Hey Siri” menerusi peranti tersebut.

Apple juga kini memberikan 2 pilihan AirPods yang mana pembeli kini boleh memilih sama ada membeli versi AirPods bersama perumah yang menyokong pengecasan tanpa wayar ataupun perumah biasa.

AirPods Gen 2
AirPods gen 2 ini boleh digunakan bersama peranti iOS yang menggunakan iOS versi 12.2 dan terbaru, Apple Watch yang menggunakan watchOS v5.2 dan terbaru serta komputer Apple Macintosh yang menggunakan sistem operasi macOS 10.14.4 dan terbaru. Kredit imej: Apple

Untuk versi AirPods with Wireless Charging Case, harganya adalah RM879.00. Manakala harga bagi AirPods with Charging Case adalah RM699.00.

Selain itu, Apple turut menjual aksesori Wireless Charging Case for AirPods yang harga RM439.00. Ia turut boleh digunakan bersama AirPods generasi pertama.

AirPods terbaru ini sudah pun boleh dibeli di laman rasmi Apple. Untuk info lanjut peranti fon telinga AirPods generasi ke 2 ini, sila layari laman muka Shop Airpods di laman rasmi Apple.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here