apple airpods

Alat bantu dengar tanpa wayar didapati mampu menghantar isyarat elektromagnet sehingga menggangu otak.

Jika anda pengguna tegar fon telinga ataupun fon kepala tanpa wayar, sila beri perhatian kepada penemuan kajian yang dijalankan oleh para saintis.

Para saintis telah menjalankan ujian terhadap pelbagai jenis alat dengar tanpa wayar yang kini menjadi “trend” peminat muzik mahupun fesyen yang kerap menggayakan peranti tanpa wayar tesebut dalam kehidupan seharian mereka.

Hasil dapatan daripada kajian tersebut mendapati, alat bantu dengar tanpa wayar ini mampu menghantar isyarat elektromagnet yang merbahaya kepada otak.

Sekaligus mampu meningkatkan risiko kepada pengguna mendapat kanser.

Sebagai contoh, peranti fon telinga tanpa wayar Apple AirPods menggunakan teknologi gelombang radio Bluetooth untuk peranti tersebut beroperasi bersama dengan peranti lain.

Malangnya, gelombang dari peranti tersebut menghantar isyaratnya menerusi otak pengguna.

Tambah memburukkan keadaan, kedudukan perletakan alat tersebut yang amat hampir dengan otak menambahkan lagi risiko kanser kepada penggunanya.

Menurut Dr Moskowitz, pengkaji kesan pendedahan telefon bimbit dari University California berkata, sungguhpun setakat ini belum ada penyelidikan khusus yang dapat membuktikan bahawa gelombang elektromagnet dari peranti tanpa wayar sebagai penyebab kepada kanser, tetapi apa yang pasti kesan daripadanya adalah buruk kepada manusia.

Malah agensi antarabangsa penyelidikan kanser juga telah mengisytiharkan bahawa teknologi tanpa wayar mengeluarkan gelombang elektromagnet yang boleh menjadi penyebab kepada kanser.

tikus makmal
Kajian yang dijalankan dengan mengenakan gelombang Bluetooth, selular dan wifi terhadap haiwan sebelum ini menunjukkan ia ada kaitan kepada punca kanser.

Berikutan daripada kajian kesan bahaya teknologi tanpa wayar kepada manusia, seramai 250 orang saintis dari 40 buah negara telah menandatangani petisyen kepada pihak WHO dan UN (United Nations) supaya memberi amaran tentang bahaya radiasi dari teknologi tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini telah pun mengeluarkan panduan tahap pendedahan gelombang elektromagnet yang dibenarkan kepada pengguna.

Pada tahun lepas, Apple Inc. telah menjual sebanyak 28 juta pasang AirPods di seluruh dunia. Manakala tahun sebelumnya pula adalah sebanyak 16 juta pasang AirPods.

Pada tahun ini pula Apple dijangka akan perkenalkan AirPods generasi ke 2 tidak lama lagi.

 

Sumber artikel: DailyMail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here