ID Akaun Apple anda telah disekat!

Cara untuk mengguna semula ID Akaun Apple yang telah disekat atau dikunci.

Situasi ID Akaun Apple disekat berlaku apabila anda telah cuba memasukkan nama pengguna atau kata laluan berkali-kali akibat terlupa. Atau mungkin juga ada orang yang cuba menggunakan ID akaun Apple anda.

Contohnya seperti orang luar yang tak dikenali atau mungkin kerana anak-anak anda yang bermain iPhone dan iPad untuk membeli aplikasi tertentu tanpa pengetahuan anda. Akibat daripada memasukkan nama pengguna atau kata laluan yang salah oleh mereka (kalau tak silap lebih dari 5 kali), ID akaun Apple anda pun disekat oleh Apple dan anda tidak lagi boleh menggunakan ID akaun Apple anda.

Cara untuk membolehkan anda mengguna semula (unlocked) ID anda adalah dengan pergi ke iforgot di laman web rasmi Apple.

Masukkan ID Apple anda dan klik butang Continue.

Kemudian, pilih cara untuk reset semula kata laluan anda.

Pilih je Get an email. Kompom korang terlupa jawapan security questions yang korang sendiri letak.

Jika anda pilih cara reset kata laluan dari email, sila klik butang Continue dan terus semak email anda.

Selepas membuka email anda, klik pada link yang diberi. Link tersebut disambungkan terus ke laman web iforgot sekali lagi bagi membuat kata laluan yang baru.

Klik pada Unlock Apple ID.

Seterusnya, masukkan kata laluan yang baru.

Setelah anda sudah masukkan kata laluan yang baru, klik butang Reset Password. Siap!

Cara tersebut adalah bagi mereka yang telah disekat ID akaun Apple. Jika anda mengalami masalah dengan akaun Apple iCloud pula, ada ariffmac terangkan jika anda terlupa password iCloud. 🙂

Artikel Berkaitan

Aplikasi Photos terbuka automatik? Lumpuhkan (disa... Photos merupakan sebuah aplikasi yang sedia ada bersama Mac OSX. Photos membolehkan anda melakukan import, eksport, suntingan gambar dan menguruskan...
Review aplikasi Betternet Jika sesebuah laman web di block oleh syarikat, gunakan Betternet untuk layarinya. Pernah tak anda nak layari sesebuah laman web, tapi tak dapat masu...
Terlupa password iCloud Dikemaskini. 3 Cara untuk dapatkan semula password iCloud. Secara teknikalnya, bukan cara untuk dapatkan semula password (kata laluan) bagi iCloud....
watchOS3 tvOS macOS iOS 4 perkara utama bagi edisi WWDC 2016. Sebentar tadi baru sahaja tamat pembentangan oleh Apple dalam acara WWDC 2016. Terdapat 4 perkara utama yang di...
Persediaan menaik taraf Mac OS X ke macOS Sierra- ... BACK UP! Selamatkan data sebelum perkara tak diingini berlaku. Sebelum ni ariffmac dah kongsikan di episod 1 dan episod 2 persediaan yang perlu dilak...

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Selesai Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah (2005 - 2008) bidang Seni Kreatif. Mengambil Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem (2009 ), selesai 2013.

Tinggalkan Komen

Lain-lain