ImAC pRO DAN AKSESORI
Jika anda rasa iMac Pro tu mahal, cuba pula tengok harga untuk aksesorinya.

Apple tidak menjual aksesori iMac Pro iaitu Magic Keyboard, Magic Trackpad 2 dan Magic Mouse 2 secara berasingan. Ini kerana aksesori-aksesori tersebut didatangkan khusus dengan warna Space Gray yang sepadan dengan iMac Pro.

Jadi jika anda inginkannya, anda perlulah membelinya bersama iMac Pro tersebut yang bermula dari harga RM20,999. Tetapi, jika anda teringin sangat nak memiliki aksesori khas tersebut, anda boleh membeli aksesori iMac Pro ini di laman web eBay.

aksesori iMac Pro
Aksesori ini bukanlah dijual secara rasmi oleh Apple di eBay. Kredit imej: eBay.

Cuma harganya mungkin tidak masuk akal. Ini kerana anda perlu membelinya pada harga USD2,499.00 (separuh dari harga asal iMac Pro).

Tetapi terdapat lagi dari seorang penjual di eBay yang turut menawarkan aksesori yang sama cuma pada harga yang jauh lebih rendah iaitu USD750.00. Jadi jika anda berminat untuk memiliki aksesori khas tersebut, bolehlah membidanya di eBay.

aksesori iMac Pro
Aksesori kabel lightning ke USB dan kabel kuasa iMac Pro berwarna hitam tidak disertakan. Kredit imej: eBay.

Para pembeli iMac Pro telah pun mula terima iMac terbaru ini. Jadi mungkin ada yang mula mengambil kesempatan keuntungan daripada hasil jualan aksesori iMac Pro tersebut.

 

Sumber artikel: Business Insider

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here