aksesori iphone drake

Bila kau dah tak tau nak buat apa dengan duit…

Artis Hip Hop terkenal, Drake dikatakan telah menempah sebuah aksesori khas bagi iPhone milik beliau.

Apa yang menariknya adalah aksesori khas tersebut diselaputi dengan emas putih 18k serta berlian biru.

Manakala di tengah aksesori iPhone tersebut diwarnakan dengan emas putih pada logo burung hantu OVO beserta dengan 2 berlian besar pada mata burung hantu tersebut.

Aksesori tersebut dinilaikan berharga kira-kira USD400,000.00. Aksesori khas ini dihasilkan oleh Jason of Beverly Hills.

 “As soon as the new iPhone came out Drake reached out to me wanting to create something epic to add to his collection of jewels,” Jason Arasheben, CEO Jason of Beverly Hills.

Pada acara anugerah muzik berprestij GRAMMY yang ke 61 baru-baru ini, Drake telah dianugerahkan Lagu Rap Terbaik untuk ‘single‘ terbarunya yang berjudul God’s Plan.

Sumber artikel: HYPEBEAST

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here