USB-C Digital AV Multiport Adapter

USB-C Digital AV Multiport Adapter.

Selain kehadiran model terbaru Macbook Pro 13″ 2019, Apple turut menawarkan aksesori terbaru bagi peranti USB-C.

USB-C Digital AV Multiport Adapter ini khusus bagi pengguna Macbook Pro dan iPad yang mempunyai sambungan USB-C.

Kelebihan aksesori terbaru ini adalah ia menyokong paparan 4K (3840×2160, 60Hz). Berikut adalah model Mac dan iPad Pro yang menyokong paparan tersebut:-

  • iPad Pro 11″
  • iPad Pro 12.9″ (Generasi ke-3)
  • MacBook Pro (15″, 2017 dan terbaru)
  • iMac (Retina 5K, 27″, 2017 dan terbaru)
  • iMac (Retina 4K, 21.5″, 2017 dan terbaru)
  • iMac Pro (2018)

Manakala berikut adalah senarai Mac yang menyokong paparan berdefinisi penuh (FullHD 1080p, 60Hz) atau UHD (3840×2160, 30Hz):-

  • MacBook Pro (13″, 2016 dan terbaru)
  • MacBook Pro (15″, 2016)
  • iMac (non-Retina, 21.5″, 2017)
  • Mac mini (2018)

Aksesori USB-C Digital AV Multiport Adapter ini berharga RM319.00 yang mempunyai 1x sambungan HDMI, 1x sambungan USB dan 1x sambungan USB-C.

Untuk info lanjut, sila layari laman muka rasmi Aksesori Apple Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here