iPhone 6 atau iphone SE
Dikemaskini pada 2 April 2018.
Pilhan iPhone jika bajet anda di bawah RM2000.
Ketika ini, jika anda inginkan iPhone yang berharga bawah dari RM2000.00, hanya terdapat 2 pilihan yang boleh dipilih dari pusat jualan bertauliah Apple iaitu iPhone 6 dan iPhone SE.

iPhone 6 diperkenalkan pada September 2014 dan telah ditamatkan pengeluarannya pada September 2016. iPhone 6 memang sudah tidak dijual di laman web rasmi Apple. Tetapi anda masih boleh membeli peranti tersebut dari pusat-pusat jualan bertauliah Apple.

iPhone 6
Ketika ia mula dijual di Malaysia, harga iPhone 6 adalah bermula dari RM2399.00 bagi storan 16GB. Kini iPhone 6 hanya berharga RM1499.00 bagi storan 32GB.

Manakala iPhone SE pula mula diperkenalkan pada Mac 2016. iPhone SE juga sudah ditamatkan pengeluarannya bermula Mac 2017 lalu. Tetapi ia masih dijual oleh Apple di laman web rasmi dan oleh penjual-penjual bertauliah mereka . Jadi bolehlah dikatakan peranti iOS ini masih agak baru.

iPhone SE
iPhone SE ketika mula dijual harganya bermula dari RM1949.00 bagi storan 16GB. Kini ia dijual pada harga RM1749.00 bagi storan 32GB.

Memang jika dilihat pada harga, iPhone 6 adalah lebih murah (kurang RM250) berbanding iPhone SE. Tetapi adakah anda ras pembelian iPhone 6 lebih berbaloi dari iPhone SE? Bagi menentukan sama ada pembelian anda berbaloi atau tidak, mari kita lihat spesifikasi antara 2 peranti tersebut.

Spesifikasi iPhone 6 iPhone SE
Warna Gold, Silver, Space Gray Gold, Silver, Space Gray, Rose Gold
Cip pemprosesan A8 dengan M8 motion co-processor  

A9 dengan M9 motion co-processor

Storan 32GB 32GB dan 128GB
Skrin Retina HD 4.7″ 1334×750-piksel resolusi pada kadar 326 ppi (piksel per inci) Retina 4″, 1136×640-piksel resolusi pada kadar 326 ppi (piksel per inci)
Kamera Belakang  

  • 8 megapiksel
  • rakaman video 1080p HD pada kadar 30 fps atau 60 fps (bingkai sesaat)

 

  • 12 megapiksel
  • rakaman video 4K (3840×2160) pada kadar 30 fps (bingkai sesaat)
Kamera Hadapan 1.2 megapiksel 1.2 megapiksel
Lain-lain Touch ID Touch ID
Harga RM1499.00  RM1749.00

 

Jika dilihat pada pada spesifikasi kedua-dua iPhone ini, perbezaan yang paling ketara adalah saiz paparan skrin iPhone 6 yang sedikit besar iaitu 4.7″. Selebihnya adalah hampir sama dan sedikit kelebihan ada pada iPhone SE.

Beli iPhone SE bukan iPhone 6

Seperti yang diberitahu pada awal tadi, iPhone SE mula diperkenalkan pada Mac 2016. Jadi usia peranti ini hanya baru hendak memasuki 2 tahun sahaja. Sebaliknya perkakasan yang digunakan pada iPhone 6 sudah berusia lebih daripada 3 tahun di mana ia telah diperkenalkan lebih dulu iaitu pada September 2014.

Ini menjadikan iPhone 6 terlebih dulu akan disenaraikan sebagai produk vintaj dan usang oleh Apple. Apple kebiasaannya akan mengklasifikasi sesebuah produk mereka sebagai vintaj apabila ia sudah berusia lebih dari 5 tahun dan kurang dari 7 tahun selepas ia ditamatkan pengeluarannya.

Anda boleh menyemak senarai penuh produk-produk Apple yang telah diklasifikasikan sebagai produk vintaj dan usang di sini.

Untuk pengetahuan anda, iPhone SE juga menggunakan perkakasan yang sama digunakan pada iPhone 6s dan 6s Plus iaitu cip pemprosesan A9 yang lebih berkuasa berbanding iPhone 6 serta kamera yang mampu merakam video bersaiz 4K.

Malah menurut hasil dapatan data dari Indeks kepuasan pengguna Amerika Syarikat (ACSI) mendapati, iPhone SE telah menerima rating tertinggi dalam indeks kepuasan hati pengguna bagi tahun 2017.

Kesimpulannya

Jelas di sini, kelebihan dari segi perkakasan dan ciri-ciri yang ada adalah pada peranti iPhone SE berbanding iPhone 6 yang sudah lebih berusia. Malah iPhone SE juga adalah lebih pantas dari iPhone 6.

Cuma saiz paparan skrin iPhone 6 sahaja yang menjadi kelebihan iaitu bersaiz 4.7″, sedikit besar berbanding iPhone SE. Tetapi jika saiz skrin menjadi keutamaan anda, iPhone 6 lah pilihannya. Tetapi AriffMac tidak syorkan dengan pilihan tersebut.

Buat masa ini, hanya 2 peranti iPhone terdahulu ini sahaja yang masih boleh anda beli dari pusat jualan bertauliah Apple atau dari laman web rasmi Apple (bagi iPhone SE) di bawah harga RM2000.00. Pilihan saiz storan dan warna bagi kedua-dua model iPhone ini juga mungkin terhad. Bergantung kepada selagi stok masih ada.

Setiap pembelian iPhone ini juga akan didatangkan bersama sistem operasi terbaru iaitu iOS 11.

 

P/s: Harga terbaru iPhone 6 kini telah diturunkan kepada RM1299.00 sahaja. Walaubagaimanapun, pada pendapat peribadi AriffMac sendiri, ia masih tidak berbaloi dibeli. Selain itu, harga iPhone 6s Plus juga telah diturunkan kepada RM2099.00. Anda boleh menyemak harga terbaru peranti iPhone seperti di laman web rasmi penjual bertauliah Apple Switch.

2 COMMENTS

    • Dari segi perkakasan dan keupayaan, kedua-duanya adalah sama contohnya mampu rakam video 4K, cip A9 dan Touch ID. Cuma perbezaan paling ketara adalah saiz skrin iaitu 6s bersaiz 4.7″, manakala SE bersaiz 4″. Selain itu kamera hadapan 6s adalah 5MP dan SE pula 1.2MP sahaja.

      Harga 6s pula bermula dari RM2249, SE bermula dari RM1749. Jadi, klu nak skrin besar amiklah 6s. Tetapi SE lebih sedap selesa dipegang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here