Privasi Facebook

Facebook didapati telah berkongsikan data-data penggunanya yang seramai 2.2 bilion kepada syarikat-syarikat gergasi dalam pelbagai sektor.

Beberapa hari yang lalu, sekali lagi Facebook ‘kantoi‘ apabila mereka didapati telah berkongsikan data-data pengguna mereka kepada syarikat-syarikat gergasi dunia dalam pelbagai sektor.

Pihak FB didapati telah berkongsikan data para penggunanya lebih daripada apa yang sepatutnya. Ia pertama kali didedahkan oleh The New York Times pada 18 Disember lalu.

Menurut laporan tersebut, dokumen dalaman yang diperolehi mereka menunjukkan, Facebook telah memberikan akses data pengguna mereka lebih daripada apa yang dinyatakan dalam dokumen privasi pengguna kepada pihak Microsoft, Amazon, Spotify, Apple dan banyak lagi.

Malah Facebook juga membenarkan capaian kepada syarikat tertentu untuk mereka mengakses data pengguna walaupun ia dinyatakan tidak dalam dokumen privasi pengguna.

Demi keuntungan mendadak

Tujuan utama kepada perkongsian data tersebut didakwa adalah bagi mendapat keuntungan mendadak yang bukan sahaja bagi pihak Facebook, tetapi juga kepada rangkaian rakan kongsi mereka bagi menjadikan produk dan servis mereka lebih menarik dan dapat menarik perhatian awam.

Walaupun perkongsian data tersebut dibuat secara percuma, tetapi secara timbal baliknya pihak Facebook pula akan mendapat lebih ramai pengguna dan seterusnya data.

Metod perkongsian

Setiap kerjasama bagi perkongsian data yang dibuat antara Facebook dengan syarikat-syarikat rakan kongsinya adalah berbeza mengikut persetujuan yang dicapai.

Sebagai contoh, perkongsian data pengguna FB bersama Microsoft’s. Pihak FB membenarkan Microsoft’s menerusi enjin cariannya Microsoft’s Bing untuk melihat nama para rakan pengguna FB yang lain tanpa kebenaran.

Malah pihak FB juga memberikan pengesahan kepada pihak Netflix dan Spotify untuk membaca mesej peribadi para pengguna Facebook.

Lebih daripada 150 syarikat

Di dalam dokumen yang didedahkan itu, ia menyatakan bahawa lebih daripada 150 buah syarikat yang terlibat dalam perkongsian data ini. Kebanyakkannya adalah syarikat dalam perniagaan teknologi, media hiburan dan juga syarikat permotoran.

Pihak The New York Times telah menemuramah lebih daripada 60 orang termasuklah bekas pekerja Facebook, rakan kongsi, bekas pekerja kerajaan dan pihak peguam bela yang berkaitan dengan undang-undang privasi.

Pihak The Time juga turut menyemak lebih daripada 270 muka surat yang terkandung di dalam dokumen dalaman Facebook dengan melakukan ujian teknikal serta analisis bagi memonitor informasi apakah yang dikongsikan antara pihak Facebook dan rakan kongsi mereka.

Facebook respon

Susulan daripada pendedahan itu, pihak Facebook telah respon bagi menjawab dakwaan tersebut. Facebook mendakwa, apa yang dilakukan mereka adalah bagi membantu para pengguna mereka 2 perkara utama.

Salah satu sebabnya yang diterangkan Facebook di laman media mereka adalah kerana bagi memberikan pengguna merasai pengalaman berinteraksi di media sosial seperti melihat cadangan-cadangan popular dari rakan-rakan Facebook berkaitan aplikasi dan laman web seperti Netflix, The New York Times, Pandora dan Spotify.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here