Dikemaskini pada 23 Januari 2018.
Okay banyaknya K…jadi menatang apakah ia.

Sekarang adalah zaman di mana visual yang dipaparkan oleh skrin tv, komputer, telefon, tablet, dan banyak lagi semuanya dipaparkan dengan visual berdefinisi tinggi. Kalau nak beli tv pastinya anda akan memilih tv dengan skrin berdefinisi tinggi (Full HD).

Jika memilih telefon juga begitu. Malah untuk membeli komputer riba pun pastinya yang dilengkapi dengan skrin Full HD.

Kamera Sony 4K
Kamera video Sony yang mampu merakam saiz video 4K.

Baru-baru ini AriffMac telah mengunjugi pameran Broadcast Asia 2016 yang telah berlangsung di Marina Bay Sand, Singapore pada 31 May 2016. Jika anda perasan, terdapat gambar-gambar kamera video yang AriffMac ambil daripada pelbagai jenama seperti Sony, ARRI dan Balck Magic Design. Pada setiap kamera tersebut terdapat huruf dan nombor, 4K.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan 4K tersebut?

Resolusi skrin

Contoh video dari trailer filem Captain America: Civil War dengan resolusi skrin 4K. (sumber dari youtube)

4K adalah merujuk kepada saiz resolusi paparan sesebuah skrin. Maksudnya ia berkaitan dengan kualiti sesebuah visual. Seperti yang terdapat pada laman web YouTube, terdapat pilihan saiz skrin dibutang setting setiap video yang ditonton.

Anda boleh memilih kualiti video yang dikehendaki bermula dengan saiz 144p sehinggalah saiz terbesar yang ditawarkan oleh YouTube iaitu 4K.

Bagi kebanyakan tv yang terdapat dipasaran sememangnya menawarkan kualiti skrin bermula dengan 1080p (Full HD). Malah sudah banyak syarikat elektronik seperti Samsung, Sharp. LG dan Sony mula menawarkan tv dengan kualiti visual sehingga 4K (cuma harganya masih agak mahal).

Cumanya apa yang perlu anda tahu adalah terdapat perbezaan antara saiz skrin di tv dengan skrin di pawagam.

iMac 21.5" dengan paparan skrin 4K dan iMac 27" dengan paparan skrin 5K.
iMac 21.5″ dengan paparan skrin 4K dan iMac 27″ dengan paparan skrin 5K.

Jika di pawagam, paparan visualnya adalah bersaiz 4K yang bersamaan dengan 4096 x 2160, tetapi saiz 4K di tv pula ia hanya bersaiz 3840 x 2160. Ia lebih dikenali sebagai Ultra HD (walaupun di kotaknya tertera 4K).

Di pawagam Malaysia pula, kebanyakannya masih menggunakan projektor yang menayangkan resolusi skrin 2K sahaja. Hanya terdapat beberapa pawagam sahaja yang dilengkapi dengan projektor 4K seperti yang terdapat di GSC sinema Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, IOI City Mall Putarjaya dan Ipoh Parade.  🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here