Masalah yang sering dihadapi oleh pengguna Mac adalah apabila anda hendak membuang sesebuah aplikasi yang terdapat di dalam Mac. Biasanya anda hanya akan membuang aplikasi tersebut terus ke dalam  Trash. Walaubagaimanapun cara ini tidak akan membuang elemen-elemen data fail terlindung aplikasi yang masih ada di dalam Mac.  AppCleaner merupakan aplikasi bagi membuang aplikasi lain di dalam Mac dengan mencari setiap data fail yang berkaitan dengan aplikasi tersebut tanpa meninggalkan sebarang kesan.

AppCleanerCiri-ciri Utama

AppCleaner amat mudah digunakan. Anda boleh sahaja tarik aplikasi yang hendak dibuang terus ke AppCleaner ataupun anda boleh mencari dan memilih fail aplikasi yang mahu atau tidak perlu dibuang.

AppCleaner

Appcleaner bukan sahaja membuang aplikasi tetapi juga mempunyai kelebihan membuang Widget dan Plugin yang dimasukkan ke dalam perisian tertentu seperti plugin untuk Adobe Photoshop.

AppCleaner

Setelah anda memilih aplikasi yang hendak dibuang, anda klik saja butang Remove. Setiap aplikasi yang dibuang oleh AppCleaner akan dihantar secara automatik ke dalam Trash.

Langkah terakhir yang anda hanya perlu lakukan adalah kosongkan Trash anda. Kini anda telah berjaya membuang sepenuhnya aplikasi tersebut tanpa ada sebarang fail data aplikasi tadi tertinggal di dalam Mac. Sekaligus anda telah menjimatkan ruang storan Mac anda.

Dapatkan aplikasi AppCleaner

Aplikasi AppCleaner boleh anda muat turunnya secara percuma di https://freemacsoft.net/appcleaner/ . Selamat membuang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here