Aplikasi fotografi PRISMA kini turut menyokong fungsi video.

Aplikasi popular fotografi Prisma merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda mengubah foto-foto anda dengan kepada rupa yang lain. Anda boleh memasukkan pelbagai kesan-kesan khas menarik terhadap foto-foto yang anda ambil dari peranti iOS ataupun Android. Anda tidak perlukan aplikasi-aplikasi yang sofistikated seperti Photoshop ataupun mempunyai kemahiran seni yang tinggi untuk menjadikan gambar-gambar anda lebih menarik. Cukup dengan memilih kesan-kesan khas yang ada di dalam Prisma dan digunakan ke atas gambar tersebut.

prisma-efek
Aplikasi yang ringkas tetapi berkuasa dan mudah digunakan untuk dikongsikan ke laman sosial anda.

Aplikasi ini sudah mula boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma sejak bulan Jun 2016 yang lalu. Ia menjadi begitu popular dikalangan mereka yang suka berselfie kerana kesan-kesan khas yang menarik serta berbeza dengan aplikasi-aplikasi foto lain yang ada. Prisma dibangunkan oleh Prisma Labs. Inc dan ia boleh dimuat turun dari App Store untuk iOS dan Google Play untuk Android. Namun begitu, untuk kemaskini terbaru Prisma, ia bukan sahaja menyokong kesan khas untuk gambar saja, malah ia juga membolehkan anda memasukkan kesan-kesan khas bagi format video juga.

prisma-video
Fungsi video hanya untuk platfom iOS sahaja buat masa ini.

Namun begitu, buat masa ini kesan khas untuk video hanya boleh digunakan di peranti iOS sahaja (iPhone, iPad dan iPod Touch). Jadi bagi pengguna Android, anda perlu tunggu sedikit masa untuk kemaskini terbaru aplikasi Prisma yang ada kesan khas bagi video. Dengan adanya fungsi video terbaru ini, ia menjadikan Prisma lebih istimewa dari aplikasi foto yang lain.

testing-prisma-video
Cobaan…

Jadi kepada anda yang masih belum mencuba aplikasi Prisma ini, bolehlah muat turun dan mencubanya sekarang. Pasti anda kagum dengan keistimewaan yang ada pada aplikasi ini.  😉

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here