iPhone white

Jika anda adalah pengguna iPhone dan percayakan peranti anda itu kebal sepenuhnya, anda silap besar.

Berikutan beberapa isu keselamatan yang didedahkan sejak kebelakangan ini terhadap iPhone seperti kecacatan kritikal pada aplikasi iMessage dan penggodaman oleh Kerajaan China bagi memantau masyarakat Islam Uighur, ia cukup membuktikan iPhone bukanlah peranti yang tiada cacat cela pada sistem keselamatannya.

Tambah menjadikannya lebih kontroversi, Apple secara diam-diam telah menghantar data pelayar Safari kepada firma China, Tencent.

Jadi, jika anda adalah seorang yang paranoid terhadap keselamatan data di dalam iPhone tersebut, apa kata anda memuat turun aplikasi yang dikenali sebagai iVerify.

iVerify app warning

iVerify dibangunkan oleh firma keselamatan Trail of Bits yang khusus membangunkan aplikasi iVerify bagi meningkatkan ciri keselamatan peranti iOS.

Ciri utama aplikasi ini adalah ia mampu memaklumkan kepada pengguna iPhone sekiranya berlaku penggodaman terhadap peranti iOS mereka.

Malah iVerify juga turut memberikan panduan kepada pengguna iPhone melakukan tetapan terbaik bagi meningkatkan ciri keselamatan pada peranti iOS mereka. Sekaligus dapat mengurangkan peranti mereka menjadi mangsa penggodaman.

iVerify baru sahaja diluluskan oleh pihak Apple untuk ditawarkan kepada pengguna peranti iOS (iPhone, iPad dan iPod touch) di App Store yang dijual pada harga RM19.90.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here