Aplikasi iTunes akan berada di Windows 10 Store

In Lain-lain On

iTunes akan boleh dimuat turun menerusi Windows 10 Store.

Pada acara Build developer oleh Microsoft hari ini, mereka telah mengumumkan beberapa perkara menarik yang bakal dilakukan untuk menambah sistem operasi Windows 10 mereka. Antara yang menarik perhatian AriffMac adalah pengguna Windows 10 akan boleh memuat turun aplikasi pemain muzik popular dari Apple iaitu iTunes terus dari Windows 10 Store. Sememangnya aplikasi iTunes memang sudah ada untuk platfom Windows tetapi buat masa sekarang, pengguna Windows perlu memuat turun iTunes dari laman web Apple dibahagian Apple Music.

Jadi dengan adanya nanti iTunes di Windows Store, ia memudahkan pengguna Windows 10 untuk memuat turun aplikasi tersebut ke dalam PC mereka. Pengguna Windows juga menurut Microsoft, akan dapat menggunakan ciri-ciri utama yang ada di iTunes seperti Apple Music dan iTunes Store. Malah Windows 10 juga akan menyokong sambungan antara peranti iPhone dan sebarang peranti Apple yang lain bersama Windows 10 atau Windows 10 S PC.

Pengguna Windows akan boleh menggunakan ciri-ciri terbaru sistem operasi Windows 10 ini pada tahun ini juga tidak lama lagi.

Via Microsoft .

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu