Aplikasi pelayar web Firefox kini versi ke 50.0

Firefox versi 50.0 ditambah baik dengan ciri terbaru, keselamatan dan lain-lain.

Aplikasi pelayar web Firefox terbaru adalah versi 50.0. Sempena versi yang ke 50 ini, Mozilla telah menambah baik Firefox dengan beberapa ciri tambahan yang baru serta penambahbaikan terhadap keselamatan pengguna Firefox. Antara ciri-ciri terbaru Firefox 50 ini adalah seperti kemampuan Firefox memainkan video tanpa menggunakan plugins tambahan, prestasi yang telah dipertingkatkan dan lain-lain. Selain itu juga terdapat 2 pintasan kekunci baru iaitu Ctrl+Tab bagi kawalan pilihan mengaktifkan Tab dan Ctrl+Alt+R bagi mod baca (Reader Mode).

Pintasan Reader Mode Firefox, Ctrl+Alt+R.

Selain itu, Mozilla turut menambah baik keselamatan aplikasi Firefox dan Emoji terbina dalam bagi pengguna sistem komputer versi terdahulu seperti Windows 8.0 dan ke bawah serta Linux. Info lanjut tentang Firefox 50.0 terbaru ini boleh anda baca di laman web Mozilla. Firefox boleh digunakan di platfom macOS, Windows, Linux, iOS dan Android.

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 ketika menjadi pereka grafik (2001). Kini beliau bertugas sebagai Tutor Sambilan di UPSI dan Pensyarah Sambilan di UUM.