Banyak pilihan aplikasi pelayar web, tapi yang manakah yang terbaik?

Sejujurnya, ariffmac sendiri pun tak tahu mana aplikasi pelayar web terbaik yang patut kita guna bagi melayari internet. Memang terdapat pelbagai aplikasi pelayar web popular seperti Google Chrome, Firefox, Opera, Safari, Maxthon, Vivaldi, TOR dan banyak lagi. Dah bermacam pelayar web yang ariffmac cuba, tapi akhirnya balik semula menggunakan pelayar web Google Chrome. Sebabnya adalah kerana Google Chrome ni ringkas dan laju. Jika anda perasan, tempoh masa loading video youtube lebih pendek berbanding pelayar web yang lain.

Sejak dari mula lagi, pembangunan aplikasi Google Chrome ini memfokuskan kepada kepantasan, ringkas dan keselamatan. Mungkin sebab itulah pengguna memilih Google Chrome sebagai pelayar web utama mereka. Selepas ia dilancarkan pada September 2008 yang lalu, aplikasi pelayar web Google Chrome kini menjadi aplikasi pelayar web yang paling popular di dunia.

Pada bulan April 2016 yang lalu, Google Chrome meraikan versi ke 50 nya dan telah memberikan beberapa fakta menarik tentang aplikasi tersebut. Jadi kesimpulannya, adakah Google Chrome merupakan aplikasi pelayar web terbaik? Pada pendapat ariffmac ia belum lagi menjadi yang terbaik. Popular ya sebab ia ringkas, tidak terlalu sofistikated dengan ciri-ciri yang terlalu teknikal, pantas, stabil dan keselamatan yang menjadi keutamaan Google ketika melayari internet. Selain itu, ia juga mempunyai banyak pilihan Extensions  menarik yang berguna untuk penggunanya.

P/s : Penerangan Google Chrome dalam bentuk komik oleh Google.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here