Aplikasi Touché mewujudkan panel Touch Bar di semua Mac
Touché memudahkan anda memasukkan fungsi Touch Bar di Mac.
Sebelum ini ada ariffmac kongsikan cara memasukkan fungsi Touch Bar di Mac dan iPad. Namun begitu terdapat banyak langkah yang perlu diikuti serta banyak kelemahan dari segi kestabilan dan fleksibiliti aplikasi tersebut. Namun begitu kini terdapat aplikasi yang memudahkan anda memasukkan fungsi Touch Bar di Mac anda. Aplikasi tersebut dipanggil Touché. Ia dibangunkan oleh syarikat pembangun perisian Red Sweater.
Aplikasi Touché ini lebih stabil dan mudah untuk dimasukkan ke dalam Mac. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut secara percuma dari laman web Red Sweater dan masukkannya seperti biasa ke dalam folder Applications di Mac anda. kemudian aktifkan aplikasi tersebut dan anda boleh terus menggunakannya. Anda tidak perlu melakukan sebarang ketetapan pada aplikasi ini. Selepas diaktifkan maka akan terpaparlah antaramuka Touch Bar sepertimana ada pada MacBook Pro 2016.
Antaramuka Touch Bar ini juga boleh anda mengubah kedudukannya di mana-mana bahagian skrin komputer yang anda kehendaki. Ia juga akan sentiasa berada yang paling atas pada setiap tetingkap yang dibuka. Jadi, walaupun anda tidak menggunakan MacBook Pro yang ada panel Touch Bar, kini dengan adanya aplikasi Touché ini, anda boleh menggunakan Touch Bar ini di mana-mana Mac yang menggunakan macOS 10.12.1 dan ke atas. Untuk info lebih lanjut tentang aplikasi ini sila ke Touché Help.
