Aplikasi WhatsApp kini dengan fungsi emoji, teks dan lukis.

Kemaskini terbaru aplikasi sembang popular WhatsApp kini mempunyai ciri tambahan terbaru iaitu emoji, teks dan lukis. Apabila anda mengambil gambar ataupun video dari aplikasi ini, anda akan dapati terdapat ikon-ikon baru pada skrin iPhone anda. Ikon-ikon terbaru ini membolehkan anda memasukkan lebih banyak grafik berbentuk emoji, teks dan lukisan ke dalam gambar dan video anda.

whatsapp-baru
Ciri terbaru WhatsApp kini lebih menarik.

Ciri terbaru untuk WhatsApp ini diperkenalkan tidak lama selepas Apple menambah baikĀ aplikasi Messages yang kini mengandungi pelbagai ciri-ciriĀ menarik seperti grafik, permainan dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, Messages hanya boleh digunakan di peranti iOS sahaja. Jadi jika anda masih belum mengemaskini aplikasi WhatsApp anda, bolehlah berbuat demikian sekarang dan mencuba ciri terbaru tersebut. Ciri terbaru ini juga sudah boleh digunakan di telefon mudah alih Android.

whatsapp-test

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here