kemaskini Mac App Store
Perlu atau tidak anda Update Mac anda selalu dari App Store?

Hmmm…nak ringkaskan ayat pun pening. Apa yang ariffmac ingin perkatakan adalah tentang kemaskini perisian bagi perkakasan/peranti seperti kamera terutamanya. Sebab ada kawan ariffmac bertanya perlu ke update untuk pelbagai jenis kamera dari Apple di App Store, kalau ada?

Software Update hoq ni…

Apple memang sering kali akan memuat naik fail update untuk pelbagai jenis peranti/perkakasan, terutamanya kamera. Ini kerana ia bagi memudahkan pengguna Mac melakukan sambungan peranti/perkakasan mereka dengan Mac. Walaubagaimana pun yang menjadi persoalannya adalah perlu ke?

Pada pendapat ariffmac, anda tak perlu pun memasukkan fail update dari Apple untuk perkakasan seperti kamera daripada pelbagai jenama tersebut. Sebab :-

  • Anda mungkin tidak menggunakan perkakasan-perkakasan tersebut, jadi tak perlulah install perisian untuk perkakasan yang anda tak gunakan (buat penuh ruang storan Mac je).
  • Kalau ada perkakasan yang anda gunakan seperti contoh rajah di atas, bukan semua jenis kamera tersebut anda gunakan (kalau guna semua dahsyat tu!).
  • Anda hanya perlu install perisian bagi perkakasan yang anda gunakan sahaja. Biasanya perkakasan yang anda beli akan didatangkan sekali dengan perisiannya. Jadi install saja dari CD/DVD yang diberikan.

Kesimpulannya…

Ini sekadar pendapat, bagi ariffmac anda tak perlulah update segala-galanya yang diberikan oleh Apple. Sila baca dulu setiap item update dari Apple. Tapi kalau dah malas nak baca, tak nak pening-pening dan rajin nak update (rimas dengan nombor yang keluar di ikon App Store), klik je lah butang  UPDATE ALL. Habis cerita  😀

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here