iOS 12
Kemaskini iOS terbaru ini akan menyokong ciri panggilan Group FaceTime dan rekaan emoji baru bagi peranti iPhone dan iPad.

Apple hari ii mengumumkan bahawa mereka akan melepaskan kemaskini terbaru iOS versi 12.1 pada esok hari. Kemaskini tersebut akan membolehkan peranti iPhone dan iPad menyokong ciri terbaru panggilan Group FaceTime.

Group FaceTime

Group FaceTime berfungsi apabila pengguna menerima panggilan jemputan untuk berada bersama dalam sesebuah kumpulan yang sedang membuat panggilan video menerusi peranti iPhone, iPad atau dari Mac.

Pengguna juga boleh memilih sama ada mahu menggunakan video atau audio sahaja pada panggilan tersebut.

Emoji baru

Selain itu iOS 12.1 juga akan mengandungi lebih daripada 70 rekaan terbaru emoji bagi peranti iPhone dan iPad. Antara karakter emoji baru yang diperkenalkan adalah karakter berambut merah, kelabu dan kerinting, lelaki botak serta lebih banyak pilihan emoji senyum.

Depth Control

Ciri Depth Control pada kamera iPhone pula ditambah baik dengan membolehkan pengguna menetapkan ke dalaman imej pada masa sebenar sekaligus pengguna kini punyai lebih kawalan bagi menghasilkan imej potret dengan latar belakang samar yang lebih cantik.

Sokongan sim berkembar

Peranti terbaru iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR dengan iOS 12.1 akan membolehkan peranti-peranti tersebut menyokong kad sim berkembar iaitu kad SIM nano dan eSIM digital.

iPhone dual sim kad
Kredit imej: Apple

Pengguna akan boleh mengaktifkan pelan selular tambahan dari penyedia talian komunikasi yang menyokong servis eSIM digital.

Buat back-up

Sebagai peringatan, sebelum anda mengemaskini peranti iOS anda esok, adalah sebaiknya anda membuat salinan (back-up) terlebih dulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan kelak.

Esok juga (waktu Malaysia jam 10.00 p.m, Rabu 30 Oktober 2018) akan berlangsungnya acara istimewa Apple yang akan berlangsung dari Akademi Muzik Brooklyn, Howard Gilman Opera House.

Kemungkinan kemaskini iOS 12.1 ini akan dilepaskan selepas selesainya acara tersebut berlangsung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here