bateri iPhone X
Jadi memang benarlah pengguna iPhone rasakan yang peranti mereka menjadi semakin perlahan dari tahun ke tahun.

Apple Inc. mengatakan ia adalah berkaitan dengan masalah seperti peranti yang mungkin akan terpadam secara tiba-tiba yang diakibatkan oleh faktor usia bateri atau keadaan yang sejuk.

Apple pada Rabu lalu telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan aduan oleh pengguna iPhone yang mendapati peranti mereka menjadi semakin perlahan.

Menurut kenyataan dari Apple, salah satu ciri terbaru yang terdapat pada iOS yang dikeluarkan pada tahun lepas adalah khusus untuk menjadikan peranti tersebut beroperasi dengan lebih perlahan bagi mengimbangi masalah berkaitan dengan bateri ion litium yang telah berusia.

original iPhoneApabila bateri semakin lama diguna dari masa ke semasa, ia tidak akan mampu bertahan lama selepas ia di cas sepertimana bateri baru. Masalah tersebut akan menjadi lebih teruk apabila peranti tersebut dicas rendah atau berada di suhu yang sejuk.

Bateri yang berusia bermakna ia boleh memberikan masalah terhadap kestabilan peranti untuk beroperasi atau ia mungkin terpadam tanpa dijangka seperti yang berlaku kepada peranti iPhone 6 dan 6S tahun lepas.

Cip pemprosesan dalam peranti tersebut mahu beroperasi pada kelajuan yang lebih pantas, tetapi bateri di dalamnya tidak dapat mengendalikan kehendak peranti. Jadi ia telah menyebabkan terjadinya kepada sesetengah pengguna iPhone mereka yang terpadam sendiri.

Bagi menangani masalah tersebut, Apple mula mengemaskini sistem operasi iOS bermula dari versi iOS 10.2.1 dengan ciri pengurusan kuasa yang lebih baik. Maksud pengurusan kuasa yang lebih baik di sini adalah dengan memperlahankan iPhone bagi mengelakkan ia daripada terpadam secara sendiri.

Tetapi hanya dalam kes bersuhu sejuk, peranti bateri yang dicas rendah atau bateri sudah sangat berusia.

Pada tahun lepas, ciri tersebut telah terkandung di dalam sistem operasi iOS untuk digunakan pada peranti iPhone 6, 6 Plus, 6S, 6S Plus dan SE. Untuk tahun ini pula, iOS 11.2 juga telah mempunyai ciri tersebut untuk iPhone 7 dan 7 Plus. Ia juga dikatakan akan mula digunakan ke dalam peranti Apple yang lain pada masa akan datang.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari Apple:-

“Our goal is to deliver the best experience for customers, which includes overall performance and prolonging the life of their devices. Lithium-ion batteries become less capable of supplying peak current demands when in cold conditions, have a low battery charge or as they age over time, which can result in the device unexpectedly shutting down to protect its electronic components. 

Last year we released a feature for iPhone 6, iPhone 6s and iPhone SE to smooth out the instantaneous peaks only when needed to prevent the device from unexpectedly shutting down during these conditions. We’ve now extended that feature to iPhone 7 with iOS 11.2, and plan to add support for other products in the future.”

Kenyataan rasmi ini sebagai respon kepada pos blog oleh John Poole, pengasas syarikat perisian penanda aras popular, Geekbench pada 18 Disember lalu. Hasil ujian yang beliau lakukan terhadap peranti iPhone lama mendapati, kuasa memproses di iPhone telah dilambatkan dan dikurangkan prestasinya bagi peranti yang menggunakan bateri yang berusia atau hilang upaya.

Sebelum ini pengguna iPhone yang lebih lama telah mengadu tentang prestasi iPhone mereka setelah mendapati peranti mereka beroperasi semakin perlahan apabila sesebuah model baru dikeluarkan.

Sesetengahnya percaya ia adalah usaha oleh Apple yang dengan sengaja mengurangkan prestasi iPhone untuk pengguna mendapatkan model-model terbaru. Tetapi Apple telah lama menafikan kenyataan tersebut.

 

Sumber artikel: CNET

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here