Sebanyak 36 tajuk permainan sudah ditawarkan di Apple Arcade setakat 5 Oktober 2019.

Apple Arcade adalah servis terbaru yang ditawarkan Apple khusus bagi langganan permainan.

Pengguna yang melanggannya akan boleh mengakses kesemua permainan yang ditawarkan Apple Arcade dan memainkannya di semua peranti utama Apple iaitu komputer Macintosh, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple TV.

Langganan percuma sebulan

Apple menawarkan langganan percuma selama sebulan bagi semua pemilik akaun Apple mengakses permainan yang ditawarkan di Apple Arcade.

Pengguna hanya perlu melanggan dan mengaktifkan metod pembayaran (sekiranya belum ditetapkan) pada akaun Apple mereka.

Langganan Apple Arcade

Pengguna boleh mengakses Apple Arcade secara percuma selama sebulan atau  menamatkan langganan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut tanpa dikenakan bayaran.

Tetapi sekiranya anda tidak menamatkan langganan tersebut (ringkasnya anda terlupa untuk menamatkan langganan), servis langganan akan berjalan secara automatik dan kos akan dikenakan.

Selepas mengaktifkan langganan Apple Arcade, anda sudah boleh mengakses dan memuat turun semua aplikasi permainan yang ditawarkan.

Permainan yang ada di Apple Arcade

Setakat 5 Oktober 2019, sebanyak 36 tajuk permainan pelbagai kategori sudah pun ditawarkan di dalam Apple Arcade sejak 29 September lalu.

Buat masa ini, pengguna iPhone, iPod touch, Apple TV dan iPad yang menggunakan iOS, tvOS dan iPadOS versi 13 sudah pun boleh mula melanggan Apple Arcade.

Sementara bagi pengguna Mac pula, hanya pengguna beta macOS Catalina 10.15 sahaja yang boleh mencuba dan mengakses Apple Arcade buat masa ini.

Penulis sempat mencuba 5 permainan yang ditawarkan di Apple Arcade iaitu Sayonara Wild Hearts, Explottents, Speed Demons, The Enchanted World dan Way of the Turtle.

Explottents. Permainan tembak sesuka hati selagi boleh.

Kelebihan

Permainan-permainan yang ditawarkan Apple Arcade adalah ceria, ringkas, mudah dimainkan dan difahami serta berwarna-warni.

Ringkasnya, ia amat sesuai untuk semua lapisan umur. Tetapi bagi peminat tegar permainan komputer, mereka mungkin tidak meminati permainan yang ditawarkan di sini.

Ada permainan yang menyokong penggunaan alat kawalan yang boleh disambungkan bersama peranti Apple.

Kelemahan

Bagi pengguna Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro, memainkan permainan di platfom komputer riba Apple adalah tidak begitu sesuai.

Ini kerana Macbook anda akan berdepan dengan isu panas yang menyebabkan kipas Macbook anda berpusing ligat sehingga ke paras maksimum.

Ia sekaligus hanya akan mempercepatkan lagi bateri Macbook anda cepat habis.

Sebaliknya, pengguna komputer meja seperti iMac dan Mac mini tidak berdepan masalah panas dan bateri.

Jadi, anda tidak disyorkan memainkan permainan di Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro dengan intensif.

Selain itu, bagi pengguna Macbook yang hanya memliki storan kurang dari 256GB pula akan berdepan dengan isu limitasi storan.

Permainan di dalam Apple Arcade ada yang bersaiz sekecil 50MB sehingga lebih daripada 1GB. Malah ada permainan yang bersaiz mencecah 5GB.

Jadi, pengguna Mac yang dilengkapi storan kecil mungkin akan berdepan isu kekangan saiz storan.

Kesimpulan

Pada pendapat penulis, apa yang dapat disimpulkan terhadap  permainan-permainan yang ditawarkan di Apple Arcade adalah Apple mensasarkan kepada kanak-kanak sebagai pelanggan utama mereka.

The Enchanted World. Permainan menguji minda.

Permainan yang ditawarkan adalah mudah, ringkas dan seronok untuk dimainkan kepada mereka yang sukakannya.

Apple menjanjikan lebih banyak lagi permainan akan ditawarkan di Apple Arcade pada setiap bulan.

Kos langganan sebanyak RM19.90/bulan pula mungkin bagi sebahagian pengguna adalah sedikit mahal dan diluar kemampuan mereka.

Mungkin cukuplah sekadar memainkan permainan percuma yang ada di App Store sahaja.

Apple Arcade dijangka akan mulal ditawarkan kepada pengguna Mac sedikit masa lagi.

Jadi, anda disyorkan supaya mencuba terlebih dahulu sebelum melanggan Apple Arcade bagi mengetahui sama ada ia kena dengan minat anda ataupun tidak.

Tetapi jangan pula lupa menamatkan langganan dalam tempoh percubaan percuma tersebut.

Penamatan langganan Apple Arcade boleh dibuat menerusi App Store > Account Information > Manage > Cancel Free Trial.

Apabila langganan Apple Arcade ditamatkan, permainan yang dimuat turun anda sebelum ini tidak akan lagi boleh dimainkan.

Sebaliknya, apabila anda mengaktifkan permainan tersebut, ia secara automatik akan meminta anda mengaktifkan semula langganan Apple Arcade bagi membolehkan anda memainkan semula permainan itu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here