Apple Support kini di YouTube

Apple hari ini dilaporkan telah mendaftarkan nama domain AppleCoronavirus.com. Berdasarkan semakan yang dibuat oleh laman MacRumors hari ini menerusi rekod WHOIS, Apple telah mendaftarkan nama domain tersebut sejak hari Jumaat lalu.

Nama domain itu pula didaftarkan sebagai sebuah organisasi. Pihak yang mendaftarkan nama domain itu bagi pihak Apple pula dibuat oleh CSC Corporate Domains iaitu sebuah firma yang melindungi nama domain bagi syarikat-syarikat besar.

Walaubagaimanapun setakat ini, domain AppleCoronavirus.com itu masih lagi belum aktif. Tetapi ia mungkin ada kena mengena dengan usaha sama yang dibuat antara Apple dan Google yang telah pun mengumumkan kerjasama bagi membangunkan teknologi penjejakan hubungan.

Teknologi itu melibatkan pembangunan API (application programming interfaces) serta teknologi sistem operasi yang menggunakan rangkaian tanpa wayar Bluetooth antara pengguna peranti Android dan iOS bagi menjejaki hubungan pengguna dengan lebih pantas berkaitan penularan wabak Covid-19 di Amerika Syarikat.

Ia sekaligus dapat membantu agensi kesihatan dan kerajaan A.S mengekang penularan wabak tersebut dikalangan rakyat mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here