Sebagai usaha menyokong inovasi media dan industri hiburan.

Academy Software Foundation hari ini mengumumkan 2 syarikat gergasi teknologi utama dunia sebagai ahli Perdana mereka iaitu Apple Inc. dan Microsoft Corporation.

Pembabitan bersama 2 firma teknologi ini sekaligus akan dapat meningkatkan usaha dalam pembangunan perisian sumber terbuka termaju serta menyokong pelbagai media dan industri hiburan ke platfom teknologi awan.

With Apple as a new member, we hope to work with them to improve support for Apple platforms, which will continue to democratize open source software development.” Rob Bredow, Pengarah dan Ketua Eksekutif Kreatif Industrial Light & Magic, dan Pengerusi Academy Software Foundation.

Filmmakers everywhere use Apple products. We are delighted to welcome Apple as a new member, and we look forward to working with them to ensure that our open source projects run well on Apple software platforms” David Morin, Pengarah Eksekutif Academy Software Foundation.

We’re excited to become a member of the Academy Software Foundation and work together with the industry’s open source community to bring the latest cloud technologies to the Foundation and its projects.” Tad Brockway, Timbalan presiden Azure Storage, Media and Edge, Microsoft Corp.

Academy Software Foundation adalah yayasan yang dibangunkan dengan kerjasama dari Academy of Motion Picture Arts and Sciences dan Linux Foundation.

Yayasan ini adalah platfom kepada pembangunan perisian sumber terbuka bagi filem dan industri media yang lain bagi perkongsian dan kolaborasi bersama dalam pembangunan teknologi imej, kesan khas visual (VFX) animasi dan bunyi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here