Gunakan penyesuai kuasa yang sepatutnya dengan Mac anda

Percikan api yang berpunca dari penyesuai kuasa MagSafe telah mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita pesakit asma.

Bermula sahaja tahun baru 2019, Apple juga turut terima saman terbaru. Kali ini saman yang diterima mereka adalah berkaitan dengan penyesuai kuasa MagSafe Macbook.

Ia berikutan MagSafe tersebut telah mendatangkan kecederaan kepada seorang pesakit ketika beliau menggunakan Macbook.

Plaintif bernama Penny K.Manzi adalah seorang pesakit Chronic Obstructive Pulmonary Disorder, asma dan emphysema. Beliau mendakwa, ketika sedang menggunakan Macbook bersama penyesuai kuasa MagSafe nya, secara tiba-tiba telah berlaku percikan api yang berpunca daripada MagSafe tersebut.

Hasil daripada percikan api itu, ia telah melarat sehingga menyalakan api terhadap topeng gas oksigen yang sedang beliau gunakan untuk bernafas.

Akibat daripada itu, telah berlaku kebakaran dan mendatangkan kecederaan yang teruk pada wajah beliau .

Apple sedar akan kecacatan rekaan MagSafe

magsafe
MagSafe

MagSafe merupakan ciri pengecas kuasa rekaan terbaru untuk model siri Macbook yang mana ia mula diperkenalkan Apple pada tahun 2006.

Sejak itu, MagSafe telah mengalami beberapa perubahan rekaan serta penambahbaikan. Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan menyatakan dalam pemfailan saman mereka bahawa pada awal tahun tahun 2018 lalu, Apple menyedari masalah penyesuai kuasa MagSafe yang boleh mengeluarkan percikan api menerusi program jaminan mereka.

Kenyataan dalam program jaminan Apple itu secara jelas menyatakan bahawa kepada pengguna mereka yang melihat “percikan api” yang berpunca dari penyesuai kuasa tersebut, mungkin boleh mendapatkan penggantian penyesuai kuasa MagSafe yang baru secara percuma.

Pihak pendakwa menambah, walaupun menyedari akan masalah itu, pihak Apple tidak memaklumkan akan bahaya tersebut pada plaintif dan masih tetap menjual penyesuai kuasa MagSafe yang rosak kepada pelanggan mereka.

Pihak pendakwaan telah memfailkan saman dan menutut pihak juri memulakan penghakiman terhadap Apple bagi menuntut ganti rugi dan membayar pampasan kepada plaintif atas kecederaan yang beliau alami.

Sumber artikel: AppleWorld.Today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here