MacBook
Jika ini menjadi kenyataan, Intel bakal kehilangan pelanggan ke 5 terbesar mereka.

Berita ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana Apple telah pun membangunkan beberapa cip pemprosesan untuk peranti utama yang lain seperti iPhone, iPad dan Apple Watch.

Sepertimana yang dilaporkan oleh Bloomberg, Apple kini sedang membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri di fasiliti ujian sekitar Cupertino, California dan yang terbaru di Herzliya, Israel.

iMac Pro
iMac Pro mengandungi cip pemprosesan T2 yang direka Apple bagi mengawal perkakasan seperti audio, kamera dan ciri keselamatan iMac Pro.

Malah cip pemprosesan terbaru yang sedang dibangunkan ini dikatakan bakal digunakan sebagai CPU utama bagi komputer Apple Macintosh. Sebenarnya cip pemprosesan yang dibangunkan Apple sudah pun mula digunakan di dalam Mac tetapi ia bukanlah CPU (Central Prosessing Unit) bagi Mac.

 

Cip pemprosesan T1 hanya digunakan bagi mengawal fungsi perkakasan bagi panel Touch Bar di MacBook Pro dan yang terbaru cip T2 yang digunakan di dalam iMac Pro.

Stve Job dan iPad 1st gen
Mendiang Steve Job ketika perkenalkan iPad generasi pertama pada 27 Januari 2010.

Sebelum ini bekas CEO Apple, mendiang Steve Job telah lama percaya yang Apple patut menggunakan teknologi yang dibangunkan mereka sendiri untuk digunakan dalam produk-produk keluaran mereka. Mereka tidak perlu lagi bergantung kepada perkakasan-perkakasan dari syarikat luar bagi menyediakan komponen-komponen utama kepada produk-produk mereka seperti dari Samsung, dan Intel.

Jadi pada tahun 2008, Apple telah berjaya memiliki syarikat pembangun cip pemprosesan P.A. Semi. 2 tahun kemudiannya, Steve Job perkenalkan iPad, peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan Apple A4 yang direka Apple sendiri.

Kesemua Mac mungkin tidak lama lagi akan mula menggunakan cip pemprosesan Apple sendiri dan tidak akan lagi menggunakan cip pemprosesan dari Intel. Ditambah lagi dengan isu Meltdown dan Spectre iaitu bentuk serangan yang digunakan bagi mengekploitasi kelemahan ciri keselamatan pada cip Intel, Apple pastinya akan mempercepatkan pembangunan cip pemprosesan mereka untuk Mac.

Ini juga bermakna berita buruk kepada Intel kerana mereka bakal kehilangan pelangan ke 5 terbesar mereka.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here