senarai harga bateri iphone

Apple Inc. diarah menghentikan jualan, tawaran dan mengimpot iPhone untuk dijual di Jerman.

Tidak lama selepas Apple Inc. diarah menghentikan beberapa model iPhone di China, Apple kini dilarang pula menjual iPhone di negara Jerman.

Ia selepas pihak Qualcomm hari ini berjaya memperoleh injunksi kekal terhadap Apple dari pihak Mahkamah daerah Munich, Jerman selepas mereka mendapati Apple telah melanggar harta intelek Qualcomm bagi penjimatan kuasa dalam telefon pintar mereka.

Paten Qualcomm yang dilanggar oleh Apple merujuk kepada ciri mengurangkan penggunaan penguat kuasa yang membolehkan peranti untuk menggunakan kuasa dengan lebih cekap dan memanjangkan hayat bateri dalam telefon pintar iPhone.

Cuma bezanya kali ini, injuksi tersebut mengarahkan Apple menghentikan jualan, tawaran dan impot terhadap kesemua model iPhone yang dilengkapi ciri tersebut dari dijual di Jerman.

Pihak mahkamah juga telah menentukan bahawa Apple turut bertanggungjawab ke atas kerosakan kewangan dalam jumlah yang akan ditentukan kemudiannya.

Tidak setakat itu, mahkamah Munich juga meluluskan permohonan Qualcomm untuk melihat butir-butir perakaunan yang berkaitan dengan semua jualan, termasuk hasil dan keuntungan dari peranti yang dijual Apple di Jerman.

Arahan tersebut telah dengan serta-merta dan permintaan Apple bagi menghalang injunksi tersebut telah dinafikan.

Injunksi tersebut akan mula dikuatkuasakan sebaik selepas pihak Qualcomm menghantar bon yang diperlukan yang perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari ini.

Permintaan Apple bagi menghalang injunksi tersebut telah dinafikan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here