two-factor authentication

Saman tersebut dibuat kerana plaintif mendakwa proses ciri tersebut memakan masa terlalu lama kepada pengguna.

Saman yang difailkan oleh Jay Brodsky dari California ini dibuat setelah beliau mendapati ciri pengesahan 2 faktor yang diperkenalkan Apple pada peranti iPhone dan Mac memakan masa terlalu lama untuk pengguna melalui proses tersebut.

Dalam saman beliau itu menyatakan, apabila ciri pengesahan 2 faktor diaktifkan, proses bagi mendapatkan pengesahan log masuk ke dalam akaun Apple dari pihak Apple akan memakan masa antara 2 hingga 5 minit kerana proses tersebut menjadi semakin sukar kepada pengguna.

  • First, Plaintiff has to enter his selected password on the device he is interested in logging in.
  • Second, Plaintiff has to enter password on another trusted device to login.
  • Third, optionally, Plaintiff has to select a Trust or Don’t Trust pop-up message response.
  • Fourth, Plaintiff then has to wait to receive a six-digit verification code on that second devicethat is sent by an Apple Server on the internet.
  • Finally, Plaintiff has to input the received six-digit verification code on the first device he is trying to log into. Each login process takes an additional estimated 2-5 or more minutes with 2FA

Akibat daripada proses bagi mendapatkan pengesahan untuk log masuk ke dalam Akaun Apple terlalu lama, plaintif mendakwa ciri pengesahan 2 faktor ini terlalu mengganggu, membuang masa serta telah melanggar hak pengguna.

Namun begitu, setakat yang AriffMac cuba sendiri, masa yang diambil bagi mendapatkan kod pengesahan 2 faktor untuk log masuk ke akaun Apple tidaklah pula mengambil masa yang lama.

Tidak pun lebih daripada 1 minit, tapi…

Walaubagaimanapun

Apabila anda telah mengaktifkan ciri pengesahan 2 faktor ini, anda tidak pula boleh menyahaktifkan ciri tersebut.

Ini memang pelik kerana Apple tidak membenarkan pengguna mereka berbuat demikian.

Maka bolehlah dikatakan bahawa Apple telah pun melanggar hak pengguna mereka berkaitan isu ini.

Ciri Pengesahan 2 faktor

Ciri pengesahan dua faktor adalah merupakan satu ciri tambahan keselamatan yang direka bagi memastikan hanya pemilik akaun Apple yang sah sahaja satu-satunya individu yang boleh mengakses akaun Apple mereka, walaupun jika seseorang yang lain turut mengetahui kata laluan tersebut.

Ini sekaligus akan dapat meningkatkan keselamatan pemilik akaun Apple dan membantu melindungi gambar, dokumen dan data-data lain yang disimpan di dalam akaun tersebut.

Jadi, adakah dikalangan pemilik akaun Apple yang masih belum mengaktifkan ciri pengesahan 2 faktor ini?

Jika belum, ada baiknya anda tidak mengaktifkan dulu ciri ini jika anda tidak memahaminya. Perbincangan berkenaan pengaktifan ciri pengesahan 2 faktor ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada masa lain.

Sumber artikel: appleinsider

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here