iMac
Mengapa Apple tidak menaik taraf iMac tahun ini?

Jika anda bercadang membeli iMac pada tahun ini, AriffMac nasihatkan anda tangguhkan dulu hasrat tersebut. Ini kerana Apple berkemungkinan akan menaik taraf barisan model pada iMac tahun hadapan (tak lama dah pun).

Untuk tahun 2018 ini, Apple hanya menumpukan barisan model Macbook Pro 13″, 15″ Touch Bar, Macbook Air 13″ Retina dan iMac mini.

Maka dijangkakan, 2019 adalah tahun giliran untuk iMac pula dinaik taraf perkakasannya.

Ini tidak menghairankan kerana barisan model iMac yang terdiri daripada iMac 21.5″, iMac Retina 4K 21.5″ dan iMac Retina 5K 27″ telah dinaik taraf perkakasannya pada jun 2017 lepas.

ImAC pRO DAN AKSESORI
iMac Pro mula dipasarkan pada Disember 2017 lalu.

Malah jika dilihat semula kepada garis masa iMac bermula dari tahun 2015, Apple hanya menaik taraf iMac pada setiap 2 tahun selepas ia dinaik taraf.

Cip pemprosesan Intel Core X-series dan iMac Pro

Jika dilihat kepada spesifikasi iMac 2017, ia memang perlu dinaik taraf kepada cip pemprosesan yang lebih berkuasa. Ini kerana, iMac dilengkapi dengan cip pemprosesan  Intel dari generasi ke 7 (Kaby Lake).

Pada tahun ini, Apple telah menaik taraf kepada cip Intel generasi ke 8 untuk Mac mini (Coffee Lake), Macbook Air (Amber Lake Y)  dan Macbook Pro (Coffee Lake).

Jadi, mengapa tidak digunakan untuk iMac juga?

Pada tahun ini, Intel telah melancarkan barisan generasi cip pemprosesan terbaru Intel Core X-series berprestasi tinggi untuk komputer meja.

Ketika ini, iMac Pro sahaja yang dilengkapi dengan cip pemprosesan paling berkuasa iaitu Intel Xeon W. Untuk pengetahuan anda, Xeon W dan Intel Core X-series menggunakan rekaan arkitektur yang sama.

Jadi ini mungkin bermakna pihak Apple merancang menaik taraf cip pemprosesan iMac dan iMac Pro secara serentak kepada cip Intel Core X-series.

Jadi ia mungkin mengambil masa untuk mereka dapat mengkonfigurasi cip terbaru Core X-series supaya ia dioptimasikan untuk kedua-dua model iMac tersebut.

Skrin retina terbaru

Sebelum ini telah terdapat khabar angin dari penganalisis Ming-Chi Kuo menyatakan bahawa skrin iMac akan dipertingkatkan lagi dengan ciri terbaru.

Sekadar makluman, skrin retina iMac (4K, 5K) dan iMac Pro sudah memiliki kualiti paparan terbaik iaitu dengan kadar cerahan sehingga 500 nit dan menyokong ciri wide color (P3).

Tetapi baru-baru ini Apple telah perkenalkan iPad Pro terbaru yang dilengkapi dengan skrin Liquid Retina yang dilengkapi dengan teknologi ProMotion.

ProMotion adalah teknologi terbaru yang membolehkan kadar kepantasan imej dipaparkan  dengan lebih pantas dari model paparan yang ada sekarang.

Imej yang dipaparkan oleh skrin yang dilengkapi dengn teknologi ini akan menjadikan imej tersebut bukan sahaja lebih terang tetapi juga lebih jelas dan terperinci butirannya.

Melengkapi teknologi ini pada skrin iPad Pro yang bersaiz 11″ dan 12.9″ mungkin tidak sukar bagi pengilang. Tetapi untuk memenuhi kehendak Apple bagi melengkapinya juga pada skrin iMac yang bersaiz 21″ dan 27″, pastinya ia bukan semudah yang disangka.

iMac Pro
Skrin retina iMac yang ada sekarang juga tidak memiliki ciri True Tone sepertimana skrin retina Macbook Pro 2018.

Kesimpulan

Melihatkan kepada garis masa model-model iMac terdahulu, AriffMac yakin yang Apple hanya akan menaik taraf dan memperkenalkan iMac dengan perkakasan terbaru pada 2019 nanti.

Malah berkemungkinan besar, selain iMac Apple juga mungkin akan turut perkenalkan model terbaru Mac Pro serta Apple Thunderbolt Display 2019 pada tahun hadapan.

Apple Skrin 2019
Kali pertama Apple Thunderbolt Display diperkenalkan adalah pada Julai 2011 dan telah ditamatkan jualannya pada Jun 2016. Jadi mungkin imej paparan yang dimuatkan dalam buku manual Mac mini 2018 ini adalah aksesori paparan terbaru Apple yang akan diperkenalkan pada 2019 nanti..

Oleh itu, sekiranya anda boleh bersabar adalah baiknya anda menunggu sedikit masa lagi untuk mendapatkan model iMac dengan perkakasan terbaru yang lebih berkuasa.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here