Sempena acara istimewa pada 27 Oktober 2016 ini.

Apple secara rasminya telah mengumumkan akan mendakan satu acara istimewa pada 27 Oktober ini nanti. Acara tersebut berkemungkinan besar adalah sempena Apple Inc akan memperkenalkan barisan generasi terbaru Mac. Para pengguna Mac terutamanya amat menanti Apple memperkenalkan rekaan terbaru bagi komputer keluarga MacBook. Selain itu juga pengguna Mac amat berharap Apple akan menaik taraf perkakasan-perkakasan Mac dengan yang terkini serta lebih berkuasa seperti kad grafik, storan yang lebih besar dan lain-lain.

Acara tersebut bakal berlangsung bermula jam 10.00 a.m dan boleh ditonton secara langsung melalui internet (waktu Malaysia adalah 28 Oktober 2016, hari Jumaat, jam 1.oo a.m). Apa yang anda perlukan untuk menonton secara langsung acara tersebut nanti adalah seperti berikut:-

  • iPhone, iPad,  iPod touch di aplikasi pelayar web Safari yang menggunakan iOS 7.0 ke atas
  • Mac di aplikasi pelayar web Safari 6.0.5 ke atas yang menggunakan OS X v10.8.5 ke atas
  • PC di aplikasi pelayar web Microsoft Edge yang menggunakan Windows 10
  • Stream video dari Apple TV (generasi ke 2 atau ke 3) yang menggunakan perisian 6.2 ke atas atau Apple TV (generasi ke 4).

Jadi setkan tarikh anda untuk acara istimewa tersebut  😀

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here