Apple perkenalkan iPhone SE

iPhone kecil yang berkuasa!

Awal pagi tadi telah berlangsungnya acara istimewa Apple Inc. Terdapat beberapa produk utama yang diketengahkan pada acara tersebut. Antara produk yang ditunggu-tunggu adalah iPhone terbaru dari Apple yang dikenali sebagai iPhone SE.

iPhone SE ini mempunyai skrin berukuran 4″ (sama macam saiz iPhone 4s dulu) tetapi dilengkapi dengan teknologi yang ada pada iPhone 6s. Jadi kuasa iPhone ini dikatakan menyamai prestasi iPhone 6s.

Terdapat 2 pilihan saiz storan yang boleh dipilih, 16gb dan 64gb dengan 4 pilihan warna. Harga pasaran iPhone SE bermula dengan USD399. Untuk spesifikasi penuh iPhone SE, anda boleh layari laman web Apple .

 

ariffbukhari

Ariff Bukhari mula menggunakan Apple iMac G3 pada 2001 sewaktu menjadi pereka grafik. Menamatkan pengajian Diploma Teknologi Maklumat pada 2001. Sambung pengajian di Universiti Malaysia Sabah pada 2005 - 2008 dalam bidang Seni Kreatif. 2009 mengaji Ijazah Sarjana (Master) bidang VFX Filem, selesai pada 2013.

Leave a Reply

%d bloggers like this: