Semuanya tentang kuasa dan penjimatan tenaga menakjubkan.

Pada acara khas “One More Thing” awal pagi hari ini, Apple akhirnya memperkenalkan cip pemprosesan yang dibangun mereka sendiri khas untuk barisan komputer Macintosh yang dikenali sebagai Apple M1.

Jika dahulu cip pemprosesan berasingan digunakan bagi mengawal komponen tertentu Macintosh seperti sambungan I/O Thunderbolt, audio, keselamatan, memori, grafik dan kuasa pemprosesan. Tetapi dengan M1, kesemua komponen utama itu dikawal sepenuhnya di bawah M1.

Apple M1 dibangunkan dengan teknologi 5 nanometer dan mempunyai 16 bilion transistor. Tidak seperti cip Intel yang digunakan mereka sebelum ini, Apple M1 dilengkapi dengan 8 teras kuasa pemprosesan dan 8 teras kuasa grafik.

Apple mendakwa, M1 adalah cip pemprosesan cekap tenaga paling pantas di dunia.

When it comes to low-power silicon, M1 has the world’s fastest CPU core, the world’s fastest integrated graphics in a personal computer, and the amazing machine learning performance of the Apple Neural Engine. With its unique combination of remarkable performance, powerful features, and incredible efficiency, M1 is by far the best chip we’ve ever created.”

MacBook Air

MacBook Air menjadi komputer riba Apple pertama diperkenalkan Apple hari ini yang dikuasakan oleh M1. Dengan M1, kuasa grafik MacBook Air adalah 3.5 kali lebih berkuasa dan 5 kali lebih pantas dari model MBA sebelum ini.

Tidak setakat itu, M1 juga menjadikan prestasi storan SSD MacBook Air 2 kali lebih pantas.

Malah dengan penjimatan tenaga M1, Macbook Air kini mampu dioperasi 6 jam lebih lama dari model sebelumnya iaitu sehingga 18 jam.

Dengan cip terbaru ini, Apple masih mengekalkan harga jualan Macbook Air pada harga RM4,399.00.

Mac mini

Mac mini menjadi model kedua diperkenalkan Apple menggunakan cip pemprosesan M1. Menurut Apple, prestasi Mac mini kini 3 kali lebih pantas dan peningkatan kuasa grafik sehingga 6 kali lebih berkuasa dari model sebelumnya.

Sekaligus membolehkan ia memproses tugas grafik yang kompleks seperti imej 3D jauh lebih pantas dari sebelum ini.

Apple mendakwa, Mac mini kini mampu memenuhi kehendak pengguna profesional termasuklah saintis, pembangun perisian dan industri kreatif.

Apple kini menurunkan harga Mac mini kepada RM2,999.00 sahaja.

MacBook Pro

MacBook Pro pula menjadi produk ketiga diperkenalkan Apple menggunakan M1. Apple menyatakan bahawa kuasa grafik MacBook Pro 13″ kini adalah hampir 3 kali lebih berkuasa dari model sebelumnya dengan kuasa grafik sehingga 5 kali lebih pantas.

Penjimatan tenaga menakjubkan M1 dengan gabungan sistem operasi macOS Big Sur membolehkan MBP 13″ dioperasi sehingga 20 jam.

MacBook Pro 13″ kini menyokong sambungan paparan Apple Pro Display XDR dengan resolusi penuh 6K.

MacBook Pro 13″ kini berharga dari RM5,599.00.

macOS Big Sur

Selain barisan Macintosh dengan cip Apple M1, Apple juga memaklumkan macOS Big Sur akan ditawarkan kepada semua pengguna pada 12 November ini.

Aplikasi iphone dan iPad kini boleh dijalankan terus di Mac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here