Perubahan desain antaramuka yang lebih ringkas dibahagian Sokongan.

Ketika melayari dibahagian laman muka Sokongan Apple, AriffMac dapati terdapat sedikit perubahan antaramuka yang dilakukan oleh Apple. Perubahan desain yang paling ketara adalah pada bahagian pilihan produk-produk Apple.

Jika sebelum ini paparan foto berwarna penuh digunakan pada setiap produk Apple, tetapi kini ia hanya menggunakan ikon ringkas warna hitam dan putih sahaja bagi setiap sokongan produk Apple.

Apple melakukan sedikit perubahan desain antaramuka di bahagian laman muka Sokongan
Penggunaan ikon hitam dan putih pada setiap sokongan produk Apple yang kelihatan lebih ringkas dan kemas.

Selain itu, Apple juga menyediakan panduan khas bagi persediaan kepada para pengguna peranti iOS menaik taraf kepada iOS 11.  Selebihnya pautan bagi servis AppleCare dan lain-lain adalah masih sama.

Laman muka Sokongan Apple adalah servis bagi membantu anda menyelesaikan masalah yang mungkin anda hadapi yang berkaitan dengan produk Apple yang anda miliki, akaun Apple, semakan waranti produk, perbincangan bersama komuniti Apple dan lain-lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here