Masih dalam peringkat beta.

Apple telah melancarkan laman sesawang iCloud baharu untuk para pemilik akaun Apple.

Untuk laman iCloud beta ini, Apple tidak melakukan sebarang perubahan ketara. Hanya latar berwarna putih menggantikan latar belakang animasi yang digunakan pada laman iCloud sekarang.

Cuma Apple melakukan perubahan pada antaramuka iCloud Reminders yang menyerupai aplikasi Reminder di peranti iOS.

Selain itu, terdapat perubahan pada cara mengakses laman iCloud baru ini. Sebelum pengguna dapat mengakses laman iCloud tersebut, ia akan memaparkan kotak dialog seperti rajah di bawah.

Apabila diklik pada butang Continue with Password, pengguna perlu pula memasukkan kata laluan Mac yang mereka gunakan itu.

Selepas itu barulah pengguna boleh mengakses ke laman akaun iCloud mereka.

Laman iCloud.com beta baharu ini masih dalam peringkat beta yang dijangka akan dilancarkan secara rasminya selepas daripada pelancaran macOS Catalina 10.15, iPadOS dan iOS 13 nanti.

Kali terakhir Apple mengemaskini laman iCloud adalah pada April 2017 lalu di mana Apple menggantikan latar belakang grafik statik dengan grafik animasi.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here