iPhone SE 2020

Berharga dari RM1,999.00.

Seperti yang dijangkakan, Apple pada hari ini telah melancarkan model terbaru iPhone SE.

iPhone SE 2020 ini berharga dari RM1,999.00 dengan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Hitam, Putih dan Merah (Product Red).

Pilihan storan pula adalah dari 64GB (RM1,999), 128GB (RM2,199) dan 256GB (RM2,699).

Saiz paparannya adalah 4.7″(LCD Retina HD) dan dikuasakan oleh cip pemprosesan A13 Bionic dengan ciri Neural Engine generasi ke-3.

Bagi kamera belakang dan depan pula masing-masing hanya menggunakan kamera tunggal.

iPhone SE juga mengekalkan butang Home dengan ciri Touch ID. Buat masa ini ia masih belum ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Tetapi dijangkakan iPhone SE terbaru ini akan mula menerjah pasaran Malaysia dalam bulan April ini juga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here