Patut beli atau tidak: Apple Watch

Berikutan isu skrin retak.

Apple hari ini mengumumkan program penggantian skrin bagi peranti jam pintar Apple Watch Series 2 dan Series 3.

Ia berikutan pihak Apple mendapati skrin peranti tersebut akan retak pada bahagian tepi skrinnya.

Apple has determined that, under very rare circumstances, a crack may form along the rounded edge of the screen in aluminum models of an Apple Watch Series 2 or Series 3. The crack may begin on one side dan then may continue around the screen

skrin apple watch retak
Contoh imej keretakan yang boleh berlaku pada Apple Watch Series 2 dan Series 3. Kredit Apple

Berikut adalah senarai model Apple Watch yang layak bagi program ini:-

Model dan Siri Saiz Warna dan Material Tarikh Jualan
Apple Watch Series 2 38mm dan 42mm Space gray, gold, rose gold, dan silver aluminum September 2016 – September 2017
Apple Watch Nike+ Series 2 38mm dan 42mm Space gray dan silver aluminum Oktober 2016 – Oktober 2017
Apple Watch Series 3 (GPS)

Apple Watch Series 3 (GPS+ Selular)

38mm dan 42mm Space gray, gold, dan silver aluminum September 2017 – September 2019
Apple Watch Nike+ Series 3 (GPS)

Apple Watch Nike+ Series 3 (GPS+ Selular)

38mm dan 42mm Space gray dan silver aluminum Oktober 2017 – September 2019

 

Jadi sekiranya dana memiliki jam pintar Apple ini, dana bolehlah menghantarnya ke pusat servis sah Apple bagi mendapatkan penggantian percuma.

Proses penggantian dijangka akan mengambil masa sehingga 5 hari waktu bekerja.

Program ini hanya sah untuk tempoh 3 tahun ke atas peranti yang terjejas selepas dari tarikh pembelian dari pihak Apple atau setahun dari bermulanya tarikh program ini dilancarkan.

Untuk info lanjut, sila layari laman Apple Support.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here