15-inch MacBook Pro Battery Recall Program

Program penggantian percuma bateri Macbook Pro 15″.

Apple hari ini mengumumkan mereka memanggil semula model Macbook Pro 15″ yang dijual antara September 2015 dan Februari 2017.

Ia berikutan masalah bateri pada Macbook Pro tersebut yang Apple nyatakan ia mungkin boleh menjadi terlampau panas sehingga boleh berlakunya kebakaran sekaligus membahayakan penggunanya.

Jadi bermula daripada hari ini, Apple telah menawarkan program penggantian bateri bagi model Macbook pro 15 yang terjejas secara percuma.

Anda boleh menyemak terlebih dulu bagi memastikan sama ada model Macbook Pro anda layak bagi program penggantian bateri percuma ini menerusi laman muka Apple Support.

Hanya model Macbook Pro 15″ yang dijual antara September 2015 dan Februari 2017 sahaja yang layak bagi program ini.

Apple menyatakan bahawa tempoh masa penggantian bateri bagi setiap unit Macbook Pro yang terjejas akan mengambil masa antara 1 hingga 2 minggu.

Untuk info lanjut, sila layari laman muka 15-inch MacBook Pro Battery Recall Program.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here