Walaubagaimanapun cara membersihkan papan kekunci tersebut memang pelik.

Baru-baru ini terdapat beberapa aduan berkaitan permasalahan papan kekunci MacBook 2015 dan terbaru serta MacBook Pro 2016 dan terbaru. Pengguna mendapati papan kekunci Space Bar tidak berfungsi apabila diketuk yang disebabkan oleh habuk yang terpengkap pada ruang papan kekunci tersebut.

Papan kekunci MacBook 12″ Retina dan MacBook Pro terbaru yang diperkenalkan pada 2016 lalu sememang unik dan ia direka khusus oleh Apple bagi membolehkan komputer ringan tersebut direka dengan nipis.

Kepada yang biasa menggunakan papan kekunci sebelum ini, anda memang akan berasa janggal menggunakan papan kekunci yang ada pada 2 komputer ringan tersebut.

Namun begitu, disebalik kecanggihan dan reka bentuk unik bagi menghasilkan papan kekunci tersebut, ramai yang telah mula menghadapi masalah dengan papan kekunci tersebut.

Maka pihak Apple telah respon kepada aduan-aduan penggunanya dan mengeluarkan panduan rasmi cara membersihkan papan kekunci MacBook dan MacBook Pro terbaru mereka.

Walaubagaimanapun, cara membersihkannya agak pelik dan memang pelik. Alat yang diperlukan bagi membersihkan papan kekunci tersebut adalah pemampat udara bersama muncung panjang (straw).

Ketika anda menyembur udara dari alat tersebut, pastikan jarak antara papan kekunci dan penyembur adalah setengah inci.

Takpe, itu belum pelik lagi. Ini baru pelik. Anda dikehendaki memegang MacBook atau MacBook Pro itu pada sudut 75 darjah seperti rajah di bawah.

panduan membersihkan papan kekunci MacBook atau MacBook Pro
Kredit foto: Apple

Selepas itu anda semburkan udara menggunakan alat penyembur udara tadi  ke arah papan kekunci kompputer tersebut. Secara spesifiknya, mulakan semburan dari arah kiri ke kanan pada bahagian yang terkesan atau keseluruhan papan kekunci itu. Rujuk rajah di bawah.

panduan membersihkan papan kekunci MacBook atau MacBook Pro
Kredit foto: Apple

Kemudian, pusingkan Mac anda ke sebelah kanan dan semburkan papan kekunci itu sekali lagi, dari kiri ke kanan seperti rajah di bawah.

panduan membersihkan papan kekunci MacBook atau MacBook Pro
Kedit foto: Apple

Ulangi tindakan tersebut dan kali ini dengan Mac anda dipusingkan ke sebelah kiri pula.

panduan membersihkan papan kekunci MacBook atau MacBook Pro
Kedit foto: Apple

Itulah cara membersihkan papan kekunci MacBook dan MacBook Pro anda  yang diberikan oleh Apple. Panduan yang ditujukkan memang terperinci. Bagi anda yang memiliki MacBook atau MacBook Pro terbaru Apple ini boleh la mencubanya.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih lagi berdepan dengan masalah papan kekunci yang tidak berfungsi, anda dikehendaki segera pergi ke pusat jualan rasmi atau pusat servis bertauliah Apple.

Anda dinasihatkan tidak membuka sendiri MacBook atau MacBook Pro bagi membersihkan papan kekuncinya. Ini akan mengakibatkan jaminan yang masih aktif (sekiranya masih aktif) terhadap komputer tersebut akan terbatal.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here