Apple pun dah terjebak…

Dalam pemfailan paten terbaru oleh Apple kepada Pejabat Paten dan Tanda dagangan Amerika Syarikat (USPTO) baru-baru ini, memberikan gambaran bahawa mereka akan melengkapi papan kekunci backlit mereka dengan lampu LED RGB pada masa hadapan.

Penggunaan LED RGB itu pula tidak terhad hanya pada papan kekunci sahaja, tetapi juga pada aksesori dan peranti lain termasuklah tetikus serta peranti aksesori dengan butang dan panel kawalan yang lain.

Input devices include keys of computer keyboards, contact areas on a contact pad, buttons on instrument control panels, buttons on a computer mouse, and the like. Rather than having a fixed tone (such as a perceived ‘warmth’ or ‘coolness’, and/or a particular color component such as a hue) or color for the light emitted by the internal illumination, user experience can be improved by using variable internal illumination, i.e., internal illumination that can be varied dynamically during operation of the electronic device.

In additional and/or alternative embodiments, the internal illumination may be implemented by use of one or more sets of red, green and blue (RGB) LEDs. Varying the intensity of light emitted from each of the individual RGB LEDs may produce a change to the tone or color of the internal illumination for the key.

 Kredit: USPTO

Paten LED RGB ini mungkin sebagai persediaan untuk Apple mula melengkapinya pada komputer riba Apple MacBook Pro dan aksesori lain seperti Magic Mouse, Magic Trackpad dan Magic Keyboard.

Ini kerana sebelum ini telah dikhabarkan bahawa Apple mungkin akan terlibat sama dalam industri e-sukan pada masa hadapan.

Ketika ini, aksesori komputer popular yang menggunakan LED RGB secara meluas di dalam e-sukan dipelopori oleh pengeluar komputer dari beberapa jenama premium seperti Razer, ASUS ROG dan Logitech.

Jenama-jenama tersebut amat popular dikalangan pemain profesional permainan komputer diseluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here